Rabu, 27 Julai 2016

Hari ke 3 berkursus


Hari ni dah masuk hari ketiga pokcik berkursus disini,.. di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa ni. Besok memang last.. tapi satu lagi kumpulan yang berkursus Naik Pangkat dah selesai pada tengahhari tadi.

Cuma tinggal kini kumpulan pokcik yang berkursus Pengukuhan Pengurusan Kewangan sekolah.

Bila buat kat sini dah rasa macam pelajar maktab pulak ... maklumlah pokcik ni tak pernah masuk maktab..



Kalau hari-hari sebelum ni pokcik berulang alik dari rumah kediaman di Jerteh, Terengganu ke sini.. Tapi malam ni pokcik menginap di asrama maktab ni. Nak rasa suasana asrama pulak..

Nak bersembang-sembang dengan rakan-rakan kursus dari Kelantan dan Pahang, juga dari rakan sejawatan dari daerah lain di Negeri Terengganu..

Yang paling utama pokcik dah tak larat nak pandu kereta dari Jerteh ke sini .. menempuhi berpuluh-puluh traffic light.. dengan jalan yang jem pada waktu puncak. Turun dari rumah selepas solat subuh sampai kesini lebih kurang jam 8.15 pagi..

Rasanya baik pokcik menginap kat sini sajalah pada malam ni...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates