Isnin, 4 Julai 2016

Dua hari lagi nak raya

Sedar tak sedar, dua hari je lagi nak sambut raya. Jadi, Pokcik  nak ambik kesempatan mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada rakan-raka blogger.

Pokcik juga mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan seandainya ada...

Ramai yang dah bergerak balik ke kampung halaman sejak jumaat  lepas. Yalah, dah start cuti sekolahkan...

Mungkin juga ada rakan-rakan blogger  yang masih belum mulakan perjalanan, 
tunggu jalan dah kurang jem, atau masih belum cuti... 

Kalau dua tiga hari yang lepas mood raya tak kunjung tiba walaupun macam-macam lagu raya ke udara diradio dan dipasang kat mall, kat bandar pokcik ni.. tapi hari ni mood raya benar-benar dah datang bila kakak-kakak yang tinggal jauh mula sampai  di kampung.

Kepada rakan-rakan blogger yang baru bercadang untuk bertolak pulang ke kampung-kampung diserata Malaysia ni, berhati-hatilah semasa memandu. Pandulah kenderaan secara berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.

Walau apapun, pokcik ucapkan selamat pulang berhari raya. Kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat danberhati-hati di jalanraya. Tak lari  ke mana kampung tu...

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates