Ahad, 31 Julai 2016

Bila anak dikejauhan kemalangan

Share it Please
Bila anak dikejauhan kemalangan ianya amat merungsingkan hati. Petang semalam pokcik terima wasap dari anak pokcik yang sedang belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak.

Empat keping gambar yang diterima amat memeranjatkan pokcik dan membuat pokcik tidak tenteram hai dan perasaan, lebih-lebih lagi emaknya. Maklumlah hati perempuan kan.



Yang merisaukan bagaimana tahap cedera yang dialaminya, patah ke apa ke itu cukup merisaukan, maklumlah tiada didepan mata.

Lagipun anak sulong pokcik ni pernah mengalami kemalangan empat tahun yang lalu dan patah tulang bahu.


Bila pokcik tanya apa tahap kecederaan yang dialaminya katanya tak usahlah risau dia cedera ringan, hanya lutut, siku dan tapak tangan sahaja yang luka.

Bila pokcik cadang nak datang sana tak dibenarkannya. Katanya dia dah ok, baik-baik saja.... hai anak-anak, ibubapa mana yang tak risau.


Katanya... hendak mengelak seekor anjing yang melintas jalan lalu terbabas dan terlanggar tiang. Tiang apa tak dinyatakannya.

Besok pagi pokcik bercadang nak selesai pasal insuran.. Dah tanya sahabat pokcik yang juga seorang peguam tu.. dia dah tunjuk jalan macam mana nak claim.

Motor boleh dibaiki keselamatan anak yang lebih diutamakan... risau sungguh hati bila musibah seperti ini menimpa...

Kalau dekat tu lainlah ..


1 ulasan:

Mrs. A berkata...

Sabar ya Pokcik.
Syukur cuma cedera ringan sahaja.