Isnin, 18 Julai 2016

Aktiviti lepas hujan petang, akhirnya pokcik layan cerita pokemon

Share it Please
Lebih kurang jam 3.00 petang, area kampung pokcik hujan lebat... lebat sekali disertai dengan guruh dan petirnya... yang amat kuat (kata anak pokcik).

Jadi bila hujan macam ni.. aktiviti pokcik untuk menyangkul tanah berkebun terbantut.. mana taknya bila tanah basah... nanti melekat kat hujung cangkul



Jadi tiada apalagi yang dapat pokcik lakukan untuk petang ini.. pusing punya pusing belakang rumah pokcik tengok buah mempelam pokcik dihujung ranting.. buah mempelam ni ..

Orang kampung pokcik panggil woh pauh.. woh pauh ni orang panggil woh pauh Che Ana... Memang sedap rasanya.. tahun ni merupakan tahun kedua pokok ni berbuah..

Tiba-tiba tadi terlintaslah dihati untuk membalut buah ni sekali....


Bukan tu aje.. pokok cempedak dibelakang rumah yang tengah berbuah lebat tu pun pokcik balut sekali buahnya... Tak dibalutnya nanti banyak pulak buah yang rosak..



Tengah membalut buah cempedak tadi pokcik terpandang dua tiga ekor burung merbah yang sedang asyik memakn buah limau..Pokcik pun dah lupa pokok limau apanya nama.. sebab anak pokok limau ni dulu pokcik beli kat pasar tani..

Berbuah merah dan kecil... buahnya lebih kurang sebesar jari kelingking... buah limau kecil ni tidak masam tapi cukup manis.. pokcik bercadang nak semai benihnya..

Bila dah habis aktiviti membalut tu pokcik tak tahu nak buat apa lagi.. naik ke atas rumah tengok anak sedang menonton kartun kat tv ... apalagi pokcik pun layan sekali cerita pokemon yang dia orang sedang tonton.


Tiada ulasan: