Ahad, 31 Julai 2016

Bila anak dikejauhan kemalangan

Bila anak dikejauhan kemalangan ianya amat merungsingkan hati. Petang semalam pokcik terima wasap dari anak pokcik yang sedang belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak.

Empat keping gambar yang diterima amat memeranjatkan pokcik dan membuat pokcik tidak tenteram hai dan perasaan, lebih-lebih lagi emaknya. Maklumlah hati perempuan kan.



Yang merisaukan bagaimana tahap cedera yang dialaminya, patah ke apa ke itu cukup merisaukan, maklumlah tiada didepan mata.

Lagipun anak sulong pokcik ni pernah mengalami kemalangan empat tahun yang lalu dan patah tulang bahu.


Bila pokcik tanya apa tahap kecederaan yang dialaminya katanya tak usahlah risau dia cedera ringan, hanya lutut, siku dan tapak tangan sahaja yang luka.

Bila pokcik cadang nak datang sana tak dibenarkannya. Katanya dia dah ok, baik-baik saja.... hai anak-anak, ibubapa mana yang tak risau.


Katanya... hendak mengelak seekor anjing yang melintas jalan lalu terbabas dan terlanggar tiang. Tiang apa tak dinyatakannya.

Besok pagi pokcik bercadang nak selesai pasal insuran.. Dah tanya sahabat pokcik yang juga seorang peguam tu.. dia dah tunjuk jalan macam mana nak claim.

Motor boleh dibaiki keselamatan anak yang lebih diutamakan... risau sungguh hati bila musibah seperti ini menimpa...

Kalau dekat tu lainlah ..


Continue Reading…

Jawaban bagi pertanyaan...



Pada Bulan Mac 2013, pokcik ada buat satu entri blog berkaitan dengan pokok terung kemal. 

Bagi menjawab pertanyaan dari saudari Nor Azlina yang mungkin berminat dengan tumbuhan ini bagi merawat resdung.

Untuk makluman, terung kemal ini hanya satu pohon. Akibat banjir pada tahun 2014, pokok ini hampir mati. Oleh itu pokcik meminta maaf dari beliau kerana tidak dapat memenuhi permintaan beliau buat masa ini.

Setakat ini Belum kembali berbuah. Selain dari akar pokok ini dapat ditanam dengan semaian biji. 

Setakat ini pokcik sedang berusaha untuk memperbanyakkan tumbuhan ini di sekeliling rumah pokcik sebagai menambah satu lagi koleksi tumbuhan herba.

 
Continue Reading…

Sabtu, 30 Julai 2016

Blog Pilihan Bulan Ogos

Pokcik dah berkenan menyenaraikan 20 blog dibawah untuk dimasukkan ke dalam bloglist bulan Ogos. Tiada segmen yang pokcik anjurkan.

Semuanya atas rasa berkenan pokcik... Jadi tahniah buat blog yang tersenarai dan berjaya menarik hati pokcik.


1.    http://ciklapunyabelog.blogspot.my
2.    http://penggaliilmudunia.blogspot.my
3.    http://iammasitahsamsudin.blogspot.my
4.    http://vithebat.blogspot.my
5.    http://starlavenderluna.blogspot.my
6.    http://mellyacrayola.blogspot.my
7.    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my
8.    http://mummysupplementshop.blogspot.my
9.    http://mardiahdiana.blogspot.my
10.  http://hatinufid.blogspot.my
11.  http://miszrockers.blogspot.my
12.  http://mimixoo.blogspot.my
13.  http://bicaragadisbiasa.blogspot.my
14.  http://hiphiphorray15.blogspot.my
15.  http://reenri.blogspot.my
16.  http://bluechoralpearl.blogspot.my
17.  http://www.sayaiday.com
18.  https://colouroflifek.blogspot.my
19.  http://syahidahfadilah.com/
20.  http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my
Continue Reading…

Jumaat, 29 Julai 2016

Khamis, 28 Julai 2016

Notebook dari SUB BAS



Akhirnya selesai sudah kursus Pengukuhan Pengurusan Kewangan selama empat hari di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Zon Timur.

Bagi tiga slot terakhir pada kursus ini telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Audit Sekolah (SUB BAS) Kementerian Pendidikan Malaysia En. Azmi bin Mohamad.

Dalam setiap slot yang disampaikan setiap peserta yang dapat menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah sebuah notebook dari beliau. 

Jadi ramai jugalah rakan-rakan peserta yang dapat menjawab termasuklah pokcik sendiri... tapi pokcik punyalah lagi besar dari peserta-peserta yang lain.. 

Rezeki pokcik lagi.
Continue Reading…

Rabu, 27 Julai 2016

Hari ke 3 berkursus


Hari ni dah masuk hari ketiga pokcik berkursus disini,.. di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa ni. Besok memang last.. tapi satu lagi kumpulan yang berkursus Naik Pangkat dah selesai pada tengahhari tadi.

Cuma tinggal kini kumpulan pokcik yang berkursus Pengukuhan Pengurusan Kewangan sekolah.

Bila buat kat sini dah rasa macam pelajar maktab pulak ... maklumlah pokcik ni tak pernah masuk maktab..



Kalau hari-hari sebelum ni pokcik berulang alik dari rumah kediaman di Jerteh, Terengganu ke sini.. Tapi malam ni pokcik menginap di asrama maktab ni. Nak rasa suasana asrama pulak..

Nak bersembang-sembang dengan rakan-rakan kursus dari Kelantan dan Pahang, juga dari rakan sejawatan dari daerah lain di Negeri Terengganu..

Yang paling utama pokcik dah tak larat nak pandu kereta dari Jerteh ke sini .. menempuhi berpuluh-puluh traffic light.. dengan jalan yang jem pada waktu puncak. Turun dari rumah selepas solat subuh sampai kesini lebih kurang jam 8.15 pagi..

Rasanya baik pokcik menginap kat sini sajalah pada malam ni...
Continue Reading…

Isnin, 25 Julai 2016

menang "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak"


Terkejut juga pokcik bila tengok ramai yang ucap tahniah.. ingatkan apa rupanya pokcik menang giveaway yang dianjurkan oleh Cik Akak.. 

Alhamdulillah... dan terimakasih pokcik kat Cik Akak... Tak disangka juga pengumuman pemenang oleh Cik Akak bagi giveaway ni menyebakan page view blog pokcik mencanak naik. Kunjungan trafik dari blog Cik Akak.. 

Peningkatan yang jarang berlaku di blog pokcik..
Continue Reading…

Ahad, 24 Julai 2016

Jumaat, 22 Julai 2016

Tengok-tengok dulu

Tadi petang bila pulang dari Pantai Bukit Keluang, lalu depan pusat pameran Perodua. Tiba-tiba bini pokcik minta singgah kat bilik pameran ni. Katanya nak tengok Perodua Bezza.



"Betul ke nak masuk ni" tanya pokcik pada bini.

"Betullah kita masuk dulu, tengok cantik ke tidak kereta ni" kata bini kat pokcik.

Pokcik ikut saja kehendak bini. Anak-anak pun ikut sama masuk. Bila ada kat dalam ruang pameran tu pokcik cubalah masuk dalam kereta buat ala-ala nak pandu uji kereta tu.  

Keluar dari kereta tu pokcik tengok bini sedang elok dok bertanya kat salesman tu. 

Biar betul ni...

Lepas tu bini pokcik kata dah berkenan kat 1.3 advanced.. ahhaa,, biar betul ni... 

"Banyak pula duit awak" Tanya pokcik kat bini.

"La, berkenan saja, tak salahkan" Kata bini.

"lagi pun kita tengok saja ni, tiada niat nak beli pun. Kalau ada rezeki kita tu adalah ye" sambungnya lagi. Pokcik dia je.. Betullah tu, kalau ada rezeki adalah nanti
 


Continue Reading…

Bengkel eSPKWS, Taklimat HRMIS dan lepas ni ....



Entah kenapa lah lepas raya ni jadi sibuk, terpaksa tinggalkan pejabat. Bermula dengan Bengkel Permurnian akaun eSPKWS di SMK Tok Dor pada 21 Julai dan pada 22 Julai pula diadakan Taklimat Perisytiharan Harta HRMIS di Pejabat Pendidikan daerah pula.


Pada 25 Julai hingga 28 julai ni pokcik akan berada di Institut Perguruan Kampus Pengkalan Chepa bagi menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Zon Timur

Rasanya bila balik kat pejabat nanti bertambunlah kerja-kerja yang terpaksa dilakukan memandangkan kat pejabat sekolah pokcik tu hanya pokcik sorang je staff.. ehemm... ehemm tuga tetap akan dilaksanakan..

Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara kan..
Continue Reading…

Selasa, 19 Julai 2016

Pengagihan Susu 1M

Bukan main seronok anak-anak  sekolah ini.. bukan main riangnya hati mereka, bila pagi ni mereka semua dijemput ke dataran sekolah..

Tujuannya satu sahaja.. untuk mengagihkan susu ini kepada mereka semua dan mereka cukup teruja.

Jom lihat keriangan di wajah anak-anak ini.. bukan mereka sahaja gembira.. cikgu-cikgu pun tumpang seronok sama..






Continue Reading…

Isnin, 18 Julai 2016

Aktiviti lepas hujan petang, akhirnya pokcik layan cerita pokemon

Lebih kurang jam 3.00 petang, area kampung pokcik hujan lebat... lebat sekali disertai dengan guruh dan petirnya... yang amat kuat (kata anak pokcik).

Jadi bila hujan macam ni.. aktiviti pokcik untuk menyangkul tanah berkebun terbantut.. mana taknya bila tanah basah... nanti melekat kat hujung cangkul



Jadi tiada apalagi yang dapat pokcik lakukan untuk petang ini.. pusing punya pusing belakang rumah pokcik tengok buah mempelam pokcik dihujung ranting.. buah mempelam ni ..

Orang kampung pokcik panggil woh pauh.. woh pauh ni orang panggil woh pauh Che Ana... Memang sedap rasanya.. tahun ni merupakan tahun kedua pokok ni berbuah..

Tiba-tiba tadi terlintaslah dihati untuk membalut buah ni sekali....


Bukan tu aje.. pokok cempedak dibelakang rumah yang tengah berbuah lebat tu pun pokcik balut sekali buahnya... Tak dibalutnya nanti banyak pulak buah yang rosak..



Tengah membalut buah cempedak tadi pokcik terpandang dua tiga ekor burung merbah yang sedang asyik memakn buah limau..Pokcik pun dah lupa pokok limau apanya nama.. sebab anak pokok limau ni dulu pokcik beli kat pasar tani..

Berbuah merah dan kecil... buahnya lebih kurang sebesar jari kelingking... buah limau kecil ni tidak masam tapi cukup manis.. pokcik bercadang nak semai benihnya..

Bila dah habis aktiviti membalut tu pokcik tak tahu nak buat apa lagi.. naik ke atas rumah tengok anak sedang menonton kartun kat tv ... apalagi pokcik pun layan sekali cerita pokemon yang dia orang sedang tonton.


Continue Reading…

Ahad, 17 Julai 2016

Gatal mata gatal hidung

Gatal mata, gatal hidung.. hidung berair..Begitulah yang boleh pokcik katakan sekarang ni, berlaku disetiap pagi. Memang pokcik ada resdung... 

Tapi rasanya resdung ni dah lama tak datang melanda.. nak katakan makan ubat rasanya tidak... tapi sekarang ni memang cukup berpantang... berpantang dengan benda yang alah


Tapi bila cerita kat kawan.. katanya itulah kesan minum Min Kaffe. Macam yang dia pernah alami dulu... jangan berhenti minum, tetap teruskan.. katanya lagi.. dia dulu pun pernah alami...

Tengok lah rupa aku sekarang katanya.. tapi betullah, wajahnya dulu berjerawat, berbintik-bintik merah tapi sekarang dah licin...

Lagi pun Min Kaffe ni sedaplah..



Continue Reading…

Khamis, 14 Julai 2016

Sambutan hari raya di sekolah

Pagi tadi, boleh dikatakan semua sekolah di daerah pokcik bahkan di negeri kelahiran pokcik ini mengadakan majlis sambutan hari raya secara serentak.

Tidak terkecuali sekolah tempat pokcik bertugas.. Tadi jam 10.00 pagi berlangsungnya majlis sambutan ini...

Walaupun disambut secara sederhana tetapi tetap meriah.. Bagi anak-anak murid ianya tetap meriah dengan masing-masing datang mengadakan pakaian hari raya masing-masing

Turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya tahun ini ialah Jawatankuasa PIBG dan pihak Pengurusan FELDA setempat.

Seperti biasa pokcik belanja sekeping dua gambar majlis yang berlangsung pagi tadi...






Continue Reading…

Selasa, 12 Julai 2016

Meja kerja #22 - Min Kaffe dan Hai-o Garlic Tablet


Selepas raya ni dah banyak hari perut pokcik meragam, kadang-kadang kembung, perut mengeras. Aturan jadual pemakanan yang berubah menyebabkan perut pokcik meragam. Kalau sebelum ni puasa, waktu makan tetap ikut jadual berbuka... 

Bila tiba time raya makan ikut sedap masa dan ikut sedap selera inilah jadinya..  Memang cukup tidak selesa perut. Bagi yang pernah kena gastrik ni tentu tahu bagaimana ketidakselesaannya. .. dengan letihnya dengan penat.. segala kerja rasanya malas nak buat bila badan rasa sebu.. pening kepala pun ada.. pendek kata gakk... semua malas.

Jadi adalah seorang sahabat pokcik cadangkan pokcik amalkan produk ni.. Min Kaffe dan Hai-o Garlic..  diberinya dua produk ni tadi... bukan free pun..


Kebaikan MIN KAFFE : 

1. Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan. 
2. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan 
    kalium. 
3. Menghilangkan keletihan fizikal dan mental. 
4. Melegakan tekanan. 
5. Tidak mengandungi gula 

KELEBIHAN MINERAL COFFEE

- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan   
  kalium
- Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
- Melegakan tekanan.


KEBAIKAN GARLIC TABLET

1~Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah 
    penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.

2~Menghalang pembekuan darah untuk mencegah berlakunya trombosis.

3~Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut     
    kembung dan ulser peptik.

4~Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.

5~Membantu menyelaras gula darah dalam badan.


6~Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.
Continue Reading…

Sabtu, 9 Julai 2016

Rabu, 6 Julai 2016

Isnin, 4 Julai 2016

Dua hari lagi nak raya

Sedar tak sedar, dua hari je lagi nak sambut raya. Jadi, Pokcik  nak ambik kesempatan mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada rakan-raka blogger.

Pokcik juga mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan seandainya ada...

Ramai yang dah bergerak balik ke kampung halaman sejak jumaat  lepas. Yalah, dah start cuti sekolahkan...

Mungkin juga ada rakan-rakan blogger  yang masih belum mulakan perjalanan, 
tunggu jalan dah kurang jem, atau masih belum cuti... 

Kalau dua tiga hari yang lepas mood raya tak kunjung tiba walaupun macam-macam lagu raya ke udara diradio dan dipasang kat mall, kat bandar pokcik ni.. tapi hari ni mood raya benar-benar dah datang bila kakak-kakak yang tinggal jauh mula sampai  di kampung.

Kepada rakan-rakan blogger yang baru bercadang untuk bertolak pulang ke kampung-kampung diserata Malaysia ni, berhati-hatilah semasa memandu. Pandulah kenderaan secara berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.

Walau apapun, pokcik ucapkan selamat pulang berhari raya. Kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat danberhati-hati di jalanraya. Tak lari  ke mana kampung tu...

Selamat hari raya, maaf zahir batin.
Continue Reading…

Sabtu, 2 Julai 2016

Jemur ubi jari buaya



Petang semalam sepupu pokcik datang meminta ubi jari buaya untuk dibuat ubat. Memandangkan dia sepupu tak pulak pokcik berniat untuk menjual kepada dia.. pokcik bagi aje satu bekas kecil potongan ubi jari buaya yang telah dikeringkan... dan bersekali dengan satu polibeg anak ubi ni.

Pokcik dah bagi tahu kat dia pokok ubi ni bukan macam pokok ubi kayu, bukan macam ubi keledek dan juga bukan macam ubi badak.. tanam dan dalam masa enam bulan dah dapat ubinya... ubi ni dia lain sikit... dalam tahu baru isi dia sebesar lengan kanak-kanak.. bukan main susahkan nak dapat ubi dia. 







Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates