Sabtu, 18 Jun 2016

Ubi Jari Buaya - Hasil carian dalam hutan

Share it Please



Pagi tadi pokcik jalan-jalan masuk hutan berhampiran rumah bersama bini.. cadang bininya nak cari pucuk miding untuk dibuat bubur lambuk.. hutan ni bukanlah jauh sangat dari rumah.

Dalam dok mencari-cari pucuk miding tu bini pokcik  terlihat pada daun yang sangat dia kenal.. Ubi jari buaya... ada juga yang panggil dengan nama ubi karong (mengkarong).. 

Apalagi pokcik galilah lagipun memang dah lama dok cari ubi ni.. walaupun kat rumah dah ada yang pokcik semai dalam polibeg.. untuk menanti ubi ni membesar rasanya agak lama.. dari pengamatan pokcik pada ubi ni rasanya dah hampir setahun usia ubi ni... 

Gali punya gali tadi dapatlah enam tongkol, dua tongkol ada jiran yang minta.. Bila pokcik upload kat facebook tadi. Ada rakan kat facebook minta beli, katanya dah lama dia cari ubi ni untuk dijadikan ubat buat kakaknya yang sakit jantung.

Selain berkesan untuk merawat penyakit jantung ubi ni juga berkesan dalam mengurangkan masalah asma dan juga penyakit buah pinggang.

Besok pagi pokcik nak pos setongkol ubi ini buat sahabat facebook yang telah membuat pembelian. Nak hantar sekali dengan batang dan daunnya sekali.. batang berdaun tu nanti dapatlah dia kerat dan semai..

2 ulasan:

Leo Pluto berkata...

wahhh... ubi letak dalam kari sedap ni. :)

Mawar Melati berkata...

First time tengok ubi jari buaya nim. Tak sangka byk jgk khasiatnyer. Terima kasih pokcik pos entry ni