Isnin, 20 Jun 2016

Ubi Jari Buaya - Hantar permintaan pelanggan

Share it Please

Semalam pokcik pergi hantar pesanan pertama pelanggan pokcik. Pelanggan pertama dari facebook.. hari tu pokcik ada post la gambar ubi ni kat facebook.... jadi rakan facebook pokcik ni yang telah tahu khasiat ubi jari buaya ni berminat membelinya untuk diberi kepada kakaknya yang  sakit jantung..

Katanya dia tahu khasiat ubi ni melalui seorang ustaz... pokcik kata kat dia ubi ni pokcik belum proses lagi.. dia tak kesah dan tetap mahu yang belum diproses tak kiralah berapa harganya...

Selepas menerima pembayaran melalui Maybank2U pokcik pergilah hantar ke alamat yang dinyatakannya.. nasib baiklah dalam daerah yang sama.. kalau daerah yang jauh tentu pokcik dah gunakan khidmat pos laju.

Petang pula pokcik pergi sekali lagi mencari ubi tersebut di kawasan yang berhampiran dan terjumpa satu lagi yang lebih besar. Kali ni hampir sebesar peha dan jangkaan pokcik mungkin dah lebih satu tahun usianya.

Yang ni pokcik cadang nak jual yang telah siap diproses.. Kebetulan tadi pula sahabat pokcik bercerita yang sebelum ni dia mengalami buasir tetapi setelah mengamalkan minum air ubi ni... buasir yang dialaminya berasnur sembuh.

3 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum pokcik..ala ini pertama kali PC dengar :)

Mrs. A berkata...

1st time dengar nama ubi jari buaya.
Pokok dia sama ke macam ubi-ubi kayu yang biasa tu?

IKS Mukim Beruas/Pengkalan Bharu berkata...

Assalamuaikum saya nak beli benih ubi jari buaya... nie no hp saya 0194303217 eza