Khamis, 9 Jun 2016

Tip Pemilihan Juadah di Bazar Ramadan

Share it Please
Semalam sahabat pokcik bercerita pasal dia telah terkena.. terkena bila membeli makanan yang telah basi dari pasar malam berdekatan dengan rumah kediamannya. Buka main terliurnya dia dengan satu juadah yang dijual disebah gerai... dibelinya dan bila balik rumah dibukanya tiba-tiba terbau masam. Dibungkusnya semula dan terus dihantar balik ke penjual tersebut.. pastu siap penjual tu buat selamba dek je..

Jadi apa jua pilihan kita kita adalah tetap pengguna jadi kita berkuasa menentukan pilihan kita.... Pastikan

1.   Pilih gerai yan bersih dan jauh dari pencemaran (longkang dan tong sampah)

2.   Pilih pengendali makanan yang bersih (memakai pakaian pengendali makanan 
      yang sempurna). mengamalkan pengendalian makanan yang baik dan       
      menggunakan   perkakasan yang bersih.

3.   Pilih air minuman yang bersih dan disediakan didalam bekas yang bersih.

4.   Pilih makanan yang kurang berisiko (masih panas dan segar) tidak terdedah 
      (bertutup) dan tidak menggunakan surat khabar bagi menutup makanan. 


Amalkan juga konsep

LIHAT
Pastikan makanan yang dibeli tidak berlendir, tidak melekit, tidak berubah warna, tidak berkulat dan bebas daripada bendasing seperti rambut.

HIDU
Jangan makan jika berbau busuk dan pelik

RASA 
Rasa sedikit dahulu jika rasa masam atau basi jangan makan 


Kendalikan juadah kita sebaik mungkin...

1.   Makan dengan segera, pastikan makanan yang dibeli dihabiskan dengan segera.

2.   Lebihan makanan atau makanan yang dibeli untuk bersahur perlu disimpan 
      segera di dalam peti sejuk dan tidak dicampur dengan makanan baru.

3.   Makanan yang hendak dipanaskan semula perlu dipanaskan dengan 
      sempurna/mendidih.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami simpto-siptom berikut :
1.   Loya dan muntah
2.   Memulas dan sakit perut
3.   Demam dan kesejukan
4.   Cirit-birit 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

1 ulasan:

Nadia Johari berkata...

tak patut penjual tu buat macam tu..malu la tu..ish2