Khamis, 9 Jun 2016

Tangkap Ayam kampung untuk lauk berbuka puasa



Dah terasa sangat nak makan ayam kampung, bini pun dah bersungut dan  anak-anak pun meminta. Apa lagi hari ni pokcik tangkap sekor ayam kampung. Cadangnya nak buat gulai untuk berbuka petang ni... bukan main gembira anak-anak.. maka bergulai sakan petang ni.. 

Ayam pelihara sendiri, dah jimat duit lauk petang ni.. seminggu sebelum puasa mak merungut kat pokcik.. katanya pelihara ayam kampung banyak-banyak kenapa tak di sembelih dari dibiarkan mati begitu sahaja.

Memang betullah beberapa bulan yang lalu banyak ayam pokcik yang mati... mati sakit... mati dimakan musang. Jadi pokcik kata kat emak tunggu bulan puasa ni baru nak sembelih buat lauk..

Bagi pokcik ayam gulai kampung ni lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan ayam daging... anak pokcik kata ayam bandar. 

Ayam kampung ni pokcik ternak lepas bebas bermain sekitar rumah jadi susah jugalah nak tangkapnya. Jinak-jinak merpati, kena pandailah pujuk ketika bagi makan kena tidak pun pakat main kejar-kejar keliling rumah bersama anak-anak..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates