Jumaat, 10 Jun 2016

9 tip untuk pengendali makanan di bazar ramadan

Sebagai seorang pengguna atau pembeli makanan di bulan ramadan pokcik biasanya akan berkunjung ke setiap bazar ramadan yang berada di dalam daerah pokcik... mencari sesuatu lauk atau kuih yang istimewa dan berlainan dari satu bazar yang lain.

Kebiasaannya setiap bazar ramadan ada sesuatu juadah atau penjual  yang menjadi sebutan dikalangan pembeli.

Sebagai seorang pembeli makanan biasanya pokcik akan melihat terlebih dahulu kepada penjualnya. BIasanya bila berkunjung ke bazar ramadan yang belum pernah pokcik kunjungi.

Jadi bagi anda yang mengendalikan makanan di bazar ramadan patut amalkan 9 perkara dibawah

1.   Amalkan pengendalian makanan yang bersih.

2.   Amalkan kebersihan diri yang betul semasa mengendalikan makanan. Kuku 
      pendek dan bersih, tidak bersin dan batuk ke arah makanan dan luka di tangan 
      hendaklah dibalut sebaiknya.

3.   Gunakan pakaian pelindung seperti apron dan penutup kepala yang bersih.

4.   Gunakan peralatan yang sesuai dan bersih seperti sarung tangan plastik atau 
      penyepit makanan.

5.   Gunakan kenderaan yang bersih bagi mengangkut makanan ke bazar ramadan.

6.   Pastikan makanan yan dijual sentiasa ditutup menggunakan penutup yang sesuai 
      bagi mengelak pencemaran.

7.   Elakkan menggunakan tangan secara langsung untuk menyentuh makanan.

8.   Elakkan Memakai barang kemas seperti cincin ketika mengendalikan makanan 
      dikhuatiri terdapat kotoran di celah-celah barang kemas tersebut.

9.   Elakkan menggunakan surat khabar bagi menutup atau membungkus makanan 
      dan jangan biarkan makanan terdedah.

1 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

setuju pokcik...yang paling utama kebersihankan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Blog Pilihan November

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates