Jumaat, 6 Mei 2016

'Mukul Padi'

Share it Please
Betul-betul nostalgik, mengimbau kenangan sewaktu kecil dan seawal umur belasan tahun bersama arwah ayah...

Akhir 70an dan awal 80an, waktu itu mana  ada mesin mengetam padi. Semuanya manual dari mengetam guna sabit, lepas tu memukul padi dalam tong yang dipasang dengan kelambu (proses meleraikan padi). padi dijemur, mengejar ayam dijemuran yang ingin memakan padi. semuanya cukup seronok lebih-lebih lagi bila tiba part main dan guling-guling atas jerami bersama rakan-rakan sebaya.. 

Semua itu kenangan yang terlalu indah sewaktu membesar..


Tadi pokcik berpeluang melalui suasana yang sama, dengan emosi yang sedikit berlainan. Ada rasa kesedihan menyelinap dihati mengenangkan saat indah bersama arwah ayah.

Bukan senang pokcik hendak melalui saat-saat ini kembali. Bukan semua tempat, bukan semua orang yang suka mengekalkan tradisi ini... semuanya sudah menggunakan teknologi moden dan bukan semuanya juga sesuai digunakan .


Jiran pokcik.. pokcik panggil dia dengan nama Pokcik Kob satu-satunya orang yang masih mengekalkan tradisi ini.... 'Mukul Padi". 

Beliau mengusahakan tanaman padi burung. Sejenis padi kecil untuk makanan burung. Padi ini ditanam dalam satu petak sawah yang kecil... semuanya melalui proses yang sama sebagai tanaman padi biasa.. penggunaan racun dan baja kimia adalah sama. 


Beberapa tangkai padi yang akan digunakan sebagai padi benih 

Cuma bezanya bila tiba time mengetam ianya dilakukan secara 'manual' iaitu dengan penggunaan sabit dan proses meleraikan padi dari tangkai secara memukul ke dalam tong berkelambu.


Dikampung pokcik dan kampung-kampung sekitarnya, beliau merupakan satu-satunya petani yang mengusahakan padi burung ini dan serasa pokcik pun di daerah ini hanya beliau jugalah satu-satunya yang mengusahakannya. Ada pekedai-pekedai dari Kota Baharu yang menempah padi ini dari beliau.


Untuk memastikan tanaman padi ini tidak diganggu oleh makhluk perosak dan juga serangan dari burung-burung yang lain beliau memasang pukat burung disekeliling petak sawah.

Gambar atas. Sabut kelapa diikat bersama dengan bulu burung dan bawah pula bangkai burung ikat denga tali yang digantung seakan nampak seperti burung helang sedang menangkap burung.. Cara ini terbukti berkesan..

Selama berpuluh tahun Pokcik Kob mengusahakan padi burung untuk kegunaan peminat burung.

1 ulasan:

Nadia Johari berkata...

kalau kita buat habis hancur padi tu kang