Jumaat, 27 Mei 2016

chainsaw memudahkan kerja..

Share it Please


Tiga hari lepas pokcik beli chainsaw..gergaji rantai ni.. steel power brand katanya... harga tak mahal dalam kategori mampu milik.. bagi pokcikyang ni pun dah dikira ok.. adanya memudahkan kerja-kerja membersihkan kebun..


Dan tadi.. bila hari minggu sebelah pagi dan sebelah petang pokcik bercuti kat kebun ni bersama anak isteri pokcik.. merasmikan mesin gergaji berantai yang diberi. Pokcik bergilir-gilir dengan adik ipar menggunakannya.. 

Ternyata, sakit pinggang juga dibuatnya. bila banyak membongkok semasa menggunakan benda ni.. lepas tu pula kena pikul dan masukkan kayu-kayu ni ke dalam api yang membahang panasnya. Yang pastinya kerja pokcik menjadi semakin cepat.. In Sha Allah dalam bulan September nanti pokcik dah nak tanam anak sawit kat tanah ni..

Tiada ulasan: