Jumaat, 27 Mei 2016

chainsaw memudahkan kerja..



Tiga hari lepas pokcik beli chainsaw..gergaji rantai ni.. steel power brand katanya... harga tak mahal dalam kategori mampu milik.. bagi pokcikyang ni pun dah dikira ok.. adanya memudahkan kerja-kerja membersihkan kebun..


Dan tadi.. bila hari minggu sebelah pagi dan sebelah petang pokcik bercuti kat kebun ni bersama anak isteri pokcik.. merasmikan mesin gergaji berantai yang diberi. Pokcik bergilir-gilir dengan adik ipar menggunakannya.. 

Ternyata, sakit pinggang juga dibuatnya. bila banyak membongkok semasa menggunakan benda ni.. lepas tu pula kena pikul dan masukkan kayu-kayu ni ke dalam api yang membahang panasnya. Yang pastinya kerja pokcik menjadi semakin cepat.. In Sha Allah dalam bulan September nanti pokcik dah nak tanam anak sawit kat tanah ni..
Continue Reading…

Isnin, 23 Mei 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Continue Reading…

Khamis, 19 Mei 2016

Mesyuarat Agong KEPTAN Kali ke 20

Pagi tadi pokcik menghadiri mesyuarat Agong KEPTAN kali ke 20 cawangan Besut. Mesyuarat Agong kali ini diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut dan telah dirasmikan oleh YBM Hjh. Engku Naimah binti Engku Taib, Ahli Dewan Negara.

Seramai 80 orang ahli kesatuan telah hadir mesyuarat pada tahun ini... dan seperti biasa pokcik belanja sekeping dua gambar untuk tatapan..

Engku Naimah Engku Taib

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94803
Engku Naimah Engku Taib

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94803
Engku Naimah Engku Taib

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94803




Continue Reading…

Isnin, 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru... Buat guru-guru yang pernah mengajar pokcik satu ketika dahulu... 30 tahun yang lalu... dan selamat hari guru buat rakan-rakan.."Guru Pembina Negara Bangsa"..

Walaupun pokcik bukan seorang guru tetapi setiap tahun pokcik menyambutnya bersama rakan guru di sekolah.. dan setiap tahun pokcik tetap merasakan kemeriahannya. 

Kemeriahannya sentiasa berulang setiap tahun pada tanggal 16 Mei.. dan tahun ini pokcik kongsikan sedikit gambar kemeriahan sambutan hari guru di sekolah pokcik...



















Continue Reading…

Ahad, 15 Mei 2016

Khamis, 12 Mei 2016

First Giveaway By Izzati Suhaide

First Giveaway By Izzati Suhaide


First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:

3) Follow IG:

4) Like Page:


5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+

8) Like post berikut


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm

Continue Reading…

Rabu, 11 Mei 2016

Mesyuarat Khas Jawatankuasa KEPTAN Besut


Jam 4.00 petang tadi, pokcik hadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Besut. Agenda kali ini bagi membincangkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat agong kali ke 20 penubuhan KEPTAN daerah Besut.

Melantik jawatankuasa kerja mesyuarat dan kali ini pokcik ditugaskan dalam jawatankuasa persiapan tempat.. seperti biasa juga sebagai jurufoto majlis. Dalam perbincangan tadi SM Agama Maarif Kampung Raja telah dicadangkan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat agong kali ini..


Continue Reading…

Jumaat, 6 Mei 2016

'Mukul Padi'

Betul-betul nostalgik, mengimbau kenangan sewaktu kecil dan seawal umur belasan tahun bersama arwah ayah...

Akhir 70an dan awal 80an, waktu itu mana  ada mesin mengetam padi. Semuanya manual dari mengetam guna sabit, lepas tu memukul padi dalam tong yang dipasang dengan kelambu (proses meleraikan padi). padi dijemur, mengejar ayam dijemuran yang ingin memakan padi. semuanya cukup seronok lebih-lebih lagi bila tiba part main dan guling-guling atas jerami bersama rakan-rakan sebaya.. 

Semua itu kenangan yang terlalu indah sewaktu membesar..


Tadi pokcik berpeluang melalui suasana yang sama, dengan emosi yang sedikit berlainan. Ada rasa kesedihan menyelinap dihati mengenangkan saat indah bersama arwah ayah.

Bukan senang pokcik hendak melalui saat-saat ini kembali. Bukan semua tempat, bukan semua orang yang suka mengekalkan tradisi ini... semuanya sudah menggunakan teknologi moden dan bukan semuanya juga sesuai digunakan .


Jiran pokcik.. pokcik panggil dia dengan nama Pokcik Kob satu-satunya orang yang masih mengekalkan tradisi ini.... 'Mukul Padi". 

Beliau mengusahakan tanaman padi burung. Sejenis padi kecil untuk makanan burung. Padi ini ditanam dalam satu petak sawah yang kecil... semuanya melalui proses yang sama sebagai tanaman padi biasa.. penggunaan racun dan baja kimia adalah sama. 


Beberapa tangkai padi yang akan digunakan sebagai padi benih 

Cuma bezanya bila tiba time mengetam ianya dilakukan secara 'manual' iaitu dengan penggunaan sabit dan proses meleraikan padi dari tangkai secara memukul ke dalam tong berkelambu.


Dikampung pokcik dan kampung-kampung sekitarnya, beliau merupakan satu-satunya petani yang mengusahakan padi burung ini dan serasa pokcik pun di daerah ini hanya beliau jugalah satu-satunya yang mengusahakannya. Ada pekedai-pekedai dari Kota Baharu yang menempah padi ini dari beliau.


Untuk memastikan tanaman padi ini tidak diganggu oleh makhluk perosak dan juga serangan dari burung-burung yang lain beliau memasang pukat burung disekeliling petak sawah.

Gambar atas. Sabut kelapa diikat bersama dengan bulu burung dan bawah pula bangkai burung ikat denga tali yang digantung seakan nampak seperti burung helang sedang menangkap burung.. Cara ini terbukti berkesan..

Selama berpuluh tahun Pokcik Kob mengusahakan padi burung untuk kegunaan peminat burung.

Continue Reading…

Rabu, 4 Mei 2016

Patut pun ada rasa pening

 gambar pokcik google


Petang tadi pokcik  keluar awal dari pejabat, terus ke klinik kesihatan untuk buat sikit pemeriksaan. Asalnya hanya untuk minta ubat resdung dah tak tahan sangat... hidung rasa tersumbat bila menarik nafas dan melepaskannya.. rasa semakin sempit..

Biasalah bila nak jumpa doktor, misi yang kat luar ni buat dulu pemeriksaan darah.... bila cek je.. misi cakap tinggi sikit yang atas tapi yang bawah ok katanya... ya betullah 141/80..oooo..patut pun ada rasa pening sikit.

Sehari dua ni pokcik sibuk sikit dengan kerja maklumlah esok kena hantar dokumen pengauditan kewangan kat Pejabat audit sekolah di Kuala Terengganu... banyak dokumen yang disemak..



Continue Reading…

Isnin, 2 Mei 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates