Khamis, 14 April 2016

Terkena strok haba

Terkena strok haba? bukan pokcik atau anak-anak serta kaum kerabat pokcik yang terkena strok haba ni... cerita ni tadi, bila pokcik balik dari kerja. Tiba-tiba terlihat angsa ganas peliharaan pokcik ni tak dapat berjalan dengan baik...

Paruh sebelah bawah dia lebih panjang dari sebelah atas kalau kebiasaannya itik atau angsa ni paruh dia bila normal sebelah atas lebih panjang dari bawah..


Sahlah angsa ganas pokcik ni kurang sihat... pengalaman pokcik seminggu dua yang lalu bila dua tiga ekor itik pokcik mengalami sindrom yang sama..

Selepas disiram dengan air yang banyak ada sedikit perubahan angsa ganas pokcik ni.. nampak sedikit bertenaga dari sebelumnya.. Udara yang panas menyebabkan angsa ini tidak dapat menyejukkan badan... 

Kemungkinan air yang pokcik letakkan dalam beberapa bekas di dalam reban tidak  mencukupi untuk itik-itik dan angsa pokcik..

Apa pun pengalaman pokcik ni, strok haba bukan sahaja melanda manusia tapi binatang juga turut terkesan..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates