Isnin, 18 April 2016

Semaian ubi jari buaya

Share it Please



Semaian ubi jari buaya pokcik semakin bertambah. sehingga kini pokcik sudah ada lebih dari sepuluh polibeg semaian pokok ini.

Sehingga kini pokcik belum menjawab pertanyaan Encik Bakar dalam postingan yang lalu.... beliau bertanyakan dimana dia boleh mendapatkan benih pokok ini.. Sebenarnya pokcik sendiri pun waktu itu masih tercari-cari lagi bagaimana cara untuk memperbanyakkan lagi semaian pokok ini.

Sehingga kini khasiat ubi pokok ini melalui percakapan dari rakan-rakan pokcik ianya amat baik untuk pesakit jantung... juga baik untuk buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. 

Sehingga kini pokcik masih lagi mencari pokok-pokok ini disekitar hutan kampung terutamanya di tepi-tepi sungai yang bertanah lembap... kerana pokcik percaya pada khasiatnya dan nilai yang boleh dikomersialkan disuatu asa nanti..

Tiada ulasan: