Sabtu, 30 April 2016

Projek baru nak bermula

Share it Please
Projek Baru Nak Bermula...Hari ni memang cukup penat.. bayangkan dalam keadaan panas membahang... cuaca, udara yang panas. Serasa tidak bermaya badan ini..

Sudah agak lama aktiviti ini pokcik tinggalkan.. hampir bertahun terperuk dalam bilik pejabat yang berhawa dingin. Tiba-tiba hari ini bermandi peluh ditengah hari... dengan matahari terpacak diatas kepala. Terasa kepala berdenyut-denyut, nafas menjadi semput kerana stamina tidak mencukupi..


Tanah ini baru dibersihkan oleh jentolak...  banyak lagi yang perlu dilakukan atas tanah ini sebelum aktiviti penanam dilakukan.

Untuk waktu ini, rasanya setiap hari minggu kesinilah tempatnya pokcik bercuti. bermain disini, membersih persekitaran sini.

Tanah ini pokcik bercadang untuk ditanam dengan kelapa sawit... Tapi sebelum sawit membesar pokcik akan selitkan anak-anak pisang diantara lorong tengah sawit

Tadi pokcik bercakap dengan beberapa orang rakan kat sini... yang sama-sama membersihkan tanah dia orang.. kira kita orang  buat secara kelompoklah.. 

Kata mereka kalau pokcik nak tanam pisang dia orang cadangkan supaya pokcik pagar kebun pokcik dengan pagar elektrik..


Pokcik pun dah berkira dengan dia orang berapa harga pagar tu dengan keluasan tanah pokcik ni.. Kiranya pokcik kena sediakan dalam seribu dua jugalah.. Kalau tak sediakan pagar.. adalah penceroboh yang akan memakan anak sawit pokcik nanti... kat sini memang banyak babi...

Kalau nak kira dah banyak ribu dah pokcik habis bermula dari upah membersih tanah dan gali parit untuk mengeringkan kawasan yang  sedikit berpaya tu....


Lagi pun tadi anak-anak pokcik sanggup datang sama membersih dan membakar ranting-ranting kayu.. Anak pokcik yang perempuan sorang tu pun tak mahu ketinggalan. Tak dapat bawa yang besar yang kecil pun jadilah diheretnya..

Rasanya bila pencen nanti kat sinilah tempat pokcik berkerja pula... bukannya dekat dengan rumah pokcik ni, pokcik tinggal dibesut. Tanah yang ni pula di Setiu... diHulu Daerah Setiu.. Untuk kesini dari rumah pokcik dalam sejam perjalanan. Tapi dari rumah mertua hanya lima belas minit rasanya tak sampai..

Tiada ulasan: