Jumaat, 29 April 2016

Pokok susu kambing & pokok dukung anak

Empat tahun yang lalu....

Pokcik mengalami masalah kesihatan... Hasil dari pemeriksaan kesihatan.. sampel dari darah. Kadar toksik dalam hati pokcik tinggi.. puncanya.. bila ubat yang diberikan oleh doktor tidak sesuai dengan pokcik.

Masa tu kan.... pokcik cepat penat, mudah mengantuk, malas, rasa gatal dan miang dalam daging..macam allergik... pokcik stress.. entahlah apa perasaan pun pokcik dah reti nak kata apa..

Jiwa cukup tak tenteram, cakap sikit cepat melenting... maklum ajelah jiwa tak stabil..


masa tu pokcik ikut cakap emak.. emak cadangkan kat pokcik... amalkan minum air rebusan  pokok Dukung anak campur dengan pokok susu kambing...



Katanya bapak sedara pokcik dulu kena penyakit hati kuning amalakan dua perkara ini Alhamdulillah sihat sampai sekarang....

Bila kita sakit @ tak sihat... apa sahaja orang cadang kita terima... lebih sebulan pokcik amalkan minum air rebusan pokok ini... Alhamdulillah pokcik stabil sampai sekarang... 

In Sha Allah semoga terus sihat. 

Lagi pun tak susah nak dapat pokok ni.. Keliling rumah pokcik melata tumbuhnya... macam rumput.. 

Nampak macam tak ada guna tapi khasiatnya tinggi nilai perubatan..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates