Jumaat, 8 April 2016

Majlis Harijadi Prasekolah

Biasanya setiap tahun Majlis harijadi pelajar-pelajar prasekolah pokcik disambut didalam kelas pra sahaja. Tapi tahun ni ada sikit kelainanan dari guru penganjur a.k.a guru kelas tersebut. 

Bila kali ini majlis tersebut diadakan di KFC Jerteh, apalagi bukan main meriah anak-anak ini.. bila sebut ayam KFC bukan main teruja dia orang.



Apa lagi pokcik pun dapatlah tumpang meriah sekali,.. bila diundang bab makan ni tak pernah tolak. Sebut je kat mana, bila masa pasti datang tau...


Sekali datang dengan undangan untuk merakamkan peristiwa,.. untuk dokumentasi sekolah... lagi pun pokcik dah faham. Lagi meriah anak-anak ini bila ibubapa dia orang pun datang sama ... pakat-pakat meriahkan majlis ini..


Sebenarnya majlis harijadi ini diadakan serentak untuk semua pelajar pra ni... jadi tak kiralah tarikh lahir mereka bila pun janji pada tahun ini..


Dalam majlis ini juga bos pokcik (guru besar) menyampaikan sijil perlantikan PEWARIS untuk ibu bapa pelajar pra ni... 

Pewaris itu ialah waris bagi pelajar-pelajar inilah... 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates