Selasa, 26 April 2016

C-nus Kit- Toner Hidung Sinar Permata

Share it Please


http://www.sinarpermata.com/eshop/index.php?route=product/product&product_id=72 


Resah hidung pokcik dah dua tiga hari melanda, ketidakselesaan semasa menghembus dan menarik nafas. Dua hari lubang sebelah kanan pokcik membengkak dan lubang hidung menjadi sempit. Bila disentuh hidung terasa sedikit sakit dan tahap paling kritikal berlaku pada tengah hari tadi bila berlaku sedikit pendarahan hidung.

Resah hidung (resdung) telah lama pokcik alami. Seawal usia remaja lagi, ada ketikanya ianya seperti sembuh sepenuhnya . Pelbagai cara perubatan telah pokcik lakukan dalam usaha penyembuhan resdung ini.

Kebetulan pula Sinar Permata telah empat hari membuka cawangan di tempat pokcik ini. Jadi pokcik ambil kesempatan tadi berkunjung ke sini dan bertanya sedikit sebanyak tentang perkhidmatan yang sediakan. 

Pokcik pun dah bercadang untuk mendapatkan rawatan resdung.. alah bukannya mahal sangat. .. tadi staff dia dah maklum kat pokcik harga dia dalam RM50 aje.. tidaklah pokcik bercadang untuk melakukan dalam masa sehari dua ni.

Buat permulaan tadi pokcik beli C_nus Kit - Toner hidung untuk melegakan sedikit hidung pokcik yang tengah resah ni... dalam RM12.90 gitulah harganya..

1 ulasan:

Mrs. A berkata...

Oooo! resdung tu adalah resah hidung hurmm.... baru tahu.