Jumaat, 25 Mac 2016

Menyampaikan sumbangan dari sahabat-sahabat buat rakan yang memerlukan

Share it Please


Petang tadi pokcik bersama beberapa rakan-rakan bekas pelajar tingkatan enam PPK  telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami yang mengalami strok untuk menyampaikan sumbangan kewangan.

Duit sumbangan dari rakan-rakan ini tercetus dari perbualan group whatsaap... dan sahabat pokcik Zainuddin Ismail diberi amanah untuk menerima sumbangan dari sahabat-sahabat yang lain..

Alhamdulillah.. petang tadi  wang yang diamanahkan oleh rakan-rakan dari seluruh atau serata Malaysia ini dapat diserahkan kepada saudara Rosli.... Diharap sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban beliau..


Saudara Rosli merupakan rakan serumah sewa pokcik pada tahun 1991. Diserang strok pada tahun 2008. Pernah membuat pembedahan dikepala... mempunyai tujuh orang anak.

Selepas sedar dari koma selama dua bulan sahabat pokcik ini tidak dapat bercakap melayu sehingga menyukarkan komunikasi dengan keluarganya.. kerana bahasa yang dikuasainya selepas sedar ialah Bahasa Inggeris.. 

Tiga bulan selepas itu baulah dia dapat menguasai bahasa melayu semula.. itu pun lebih bahasa inggerisnya dari melayu sehinggalah sekarang


1 ulasan:

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum....sumbangan yang beliau terima sedikit sebanyak dpt meringankan beban...Allah sahaja tempat kita bergantung....semoga kita semua menjadi lebih pemurah...