Jumaat, 25 Mac 2016

Bila rumput mulai kemerahan

Share it Please


Bila rumput mulai menguning dan kemerahan itulah tandanya tanah-tanah mulai kekeringan air. Dan itulah juga tanda-tanda kebesaran tuhan yang maha Esa yang menjadikan langit dan bumi ini dengan aturannya.

Tiada apa yang hendak dinafikan lagi bahawa Malaysia kini sedang dilanda musim panas dengan suhu yang agak tinggi. Ada disesetenga tempat tu sehingga melebihi 35 darjah celcius dengan bahang udara haba yang panas... dengan bahasa mudahnya orang kampung pokcik sebut angin panas..

Tadi pokcik pergi jalan-jalan kat ampangan jajar yang tak jauhlah sangat dari kampung pokcik.. air ditakungan masih banyak untuk kegunaan sawah padi.. air dialiran sungai dibawah takungan  pula susut.

Tapi yang menarik perhatian pokcik bila lihat rumput-rumput yang kemerahan yang mulai mati kekeringan akibat panas cahaya mentari.. jadi untuk kita semua sebagai ingatan bersama. Kurangkan aktiviti diluar rumah sebagai mana yang disarankan oleh pihak kerajaan dan banyakkan meminum air.. iyalah panas ni pokcik pun nak minum air ni.. bestkan kalau dapat minum cendol atau ABC time-time gini..



2 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

betul dalam keadaan cuaca yng agak panas dan berbahang ini...setiap kita usaha tingkatkan penjagaan kesihatan..pada setiap ujian tersembunyi 1001 hikmah.. :)

Azri al fateh berkata...

semoga Tuhan ttp melimpahkan keberkahannya buat negara ini.