Jumaat, 5 Februari 2016

Tak jadi berlama-lama


Petang tadi 4 Februari...dalam perjalanan pulang dari Jabatan Akauntan Kuala Terengganu atas urusan perkerjaan pokcik berhajat untuk ke rumah mertua di Kampung Sri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. 

Hampir tiga bulan pokcik tidak berjumpa dengan mertua, kalau kebiasaannya sebelum ini boleh dikatakan setia minggu pokcik akan datang berkumpul dan menjamu selera bersama-sama.



Tiba dijambatan menuju ke Kampung Sri Bayas terlihat air sedang melimpah dengan sampah-sampah yang dihanyutkan air tersangkut dijambatan. 

Hati mula berbelah bagi sama ada mahu teruskan hajat ke rumah mertua atau berpatah balik sahaja. Risau dengan pengalaman yang lepas bila terkurung di sana selama dua malam dengan pesalinan tidak dibawa bersama.



Diatas jambatan pokcik terlihat seorang pakcik yang sedang meninjau-ninjau keadaan air. Pokcik menghampirinya dan bertanya khabar tentang keadaan air. 

Katanya paras air makin meningkat dan mengikut pengalamannya dalam masa sejam lagi kemungkinan air akan menenggelamkan jambatan.  

Katanya lagi pada minggu lepas paras air diatas jambatan itu lebih kurang paras dada dengan keadaan arus sungai Setiu yang laju. Pokcik mengatakan kepadanya yang pokcik ingin masuk kedalam. 

Dinasihatkan pokcik supaya jangan berlama-lama. Minggu lepas sehari semalam jambatan ini tenggelam. Pokcik faham kerana pokcik telah mengalaminya.

Pokcik mengeluarkan kamera untuk merakamkan gambar paras air dan keadaan sekitarnya serta meminta izin dari beliau untuk merakam gambarnya. Seakan memahami permintaan pokcik padanya. 

Kata dia pada pokcik "Nanti dulu, pakcik nak buat gaya alih kayu yang sangkut kat jambatan ni" Pokcik faham bahawa beliau telah salah faham bahawa pokcik ni seorang wartawan bila melihat kamera besar yang pokcik bawa.

"Maaflah pakcik saya ni bukan seorang wartawan akhbar, jauh sekali wartawan tv. Tapi gambar pakcik ni nanti saya masukkan sahaja kat Internet... saya masukkan kat facebook atau blog saya" kata pokcik pada dia. Harapnya dia tak berkecil hati atau pun entah dia faham atau pun tidak apa yang pokcik katakan tadi.


Selesai berbual dengannya pokcik terus menuju kerumah mertua. Hanya sekadar bertanya khabar dalam sepuluh minit lebih kurang memberi sedikit keropok lekor yang pokcik beli dari kedai di Kampung Mengabang Tapah dalam perjalanan balik tadi. 

Tak ingin pokcik berlama-lama. Terus minta izin dari mertua untuk lekas keluar.. Alhamdulillah selamat merentas jambatan ini..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Pilihan November

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates