Rabu, 17 Februari 2016

Majlis Jasamu Di Kenang

Share it Please
Pagi tadi berlangsungnya Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan salah seorang staff di sekolah pokcik. En. Jahari b. Hamzah merupakan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bersara wajib pada 10 Februari yang lalu tetapi disebabkan tarikh tersebut merupakan cuti persekolahan maka majlis sambutan di bawa ke hari ini.

Sempena majlis beliau.... dengan senang hatinya beliau menyumbang seekor lembu sebagai hidangan bagi majlis tadi... Pokcik mengenali beliau bila pokcik ditukarkan ke sekolah ini pada tahun 2008.



Sepanjang perkenalan dengan beliau, pokcik dapati beliau seorang yang aktif menyumbang tenaga dalam kegiatan kemasyarakatan. Berpangkat kapten dalam RELA Kawasan dan merupakan bekas Anggota tentera sebelum menjawat jawatan sebagai Pengawal Keselamatan KP11.


Selepas bersara nanti bolehlah sahabat pokcik ini menumpukan pada penternakan lembu di dalam kawasan ladang kelapa sawit


3 ulasan:

AinAthirah Anuar berkata...

singgah malam pokcik ! Sihat ka ? huhu

Pokcik Blogger berkata...

Alhamdulillah, Pokcik sihat Ain..

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum pokcik...selamat bersara untuk kawan pokcik tu ya..