Sabtu, 2 Januari 2016

Photoshoot di Tasik Durian Telur



Siang hari tadi pokcik seharian bersama dengan seorang sahabat fotografi pokcik yang pokcik kira agak profesional. Sebab apa pokcik kata profeisonal, sebab kerjanya hanyalah photografer. Fotografi merupakan sumber pendapatan utama beliau.

Hampir dua bulan berjanji dengan beliau untuk mengadakan sesi photoshoot kat sini, Tasik Durian Telur dan tadi keinginan beliau dapat pokcik penuhi.

Waktu  mula sampai kat sini, hujan tengah lebat. Hampir setengah jam kami berdua berteduhan didalam kereta. Sementara diluar, dibawah teduhan (bangsal) yang terletak ditepi tasik terlihat dua orang pemancing sedang berlindung dari hujan.

Hujan reda pokcik terus keluar sambil menantikan empunya bot sampai untuk ke sangkar ikan ditengah tasik. Pokcik disapa oleh seorang dari pemancing tersebut yang dulu merupakan anak buah pokcik disalah sebuah sekolah yang pernah pokcik bertugas dahulu.

 
Anak buah pokcik ni tadi dapat menaikkan sebarau dalam lingkungan 400 - 500gm yang akhirnya menjadi hidangan makan malam pokcik sekeluarga.

Sebenarnya banyak juga gambar yang pokcik sempat rakam tadi, tak payah lah pokcik tunjuk banyak-banyak gambar tu kat sini. Hampir tiga jam berkayuh dalam tasik ni, macam-macam view yang terakam.

Kata sahabat pokcik lagi "lain kali kita datang waktu pagi pula". Pokcik ikut sahaja, janji bahagia 

1 ulasan:

luqman zakaria berkata...

ala..tunjuklah 2 3 keping lagi ..rasa macam tak puas tengok nih..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates