Selasa, 12 Januari 2016

Medan Pancingan


Kalau dulu, inilah medan pancingan pokcik. Inilah tempat memancing pokcik yang paling dekat selain ke parit-parit disawah padi sana. Kalau nak test, test joran yang baru dibeli pun sinilah tempatnya.

Lubuk Besi, salah satu lubuk di Sungai Besut ini. Pasirnya yang putih pernah menjadi tempat bagi beberapa buah sekolah yang mengadakan perkhemahan kokurikulum.

Petang tadi pokcik meluangkan masa sekejap kesini setelah agak lama tidak datang. Nak dikatakan gantung joran tu taklah cuma sejak dua menjak mood memancing tak kunjung tiba.

Waktu datang sini tadi adalah empat lima orang budak-budak sekampung yang dok mancing. Sejam pokcik kat sana tak nampak pula dia orang menarik ikan yang besar-besar yang ada cuma ikan lampam merah sebesar dua tiga jari.

Biasanya bulan Februari - Mac sungai ini akan dipenuhi oleh pencari-pencari etak yang terdiri dari kaum ibu, anak-anak dara, mak-mak dara dan bapak-bapak dara tidak terkecuali juga anak-anak teruna dan kanak-kanak.


1 ulasan:

Masita Eyta berkata...

tahniah menang

Topup RM5 (2 Pemenang) by Masita Eyta (DM di Insta)

28. http://www.pokcikblogger.com/2016/01/giveaway-welcome-2016-by-aku-bukan.html

mintak tinggalkan details

mengunakan maxis/celcom/digi?

ke email masitaeyta@gmail.com

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates