Jumaat, 22 Januari 2016

Lain yang nak lain yang jadi

Share it Please

Petang tadi pokcik ke sawah bendang dengan hasrat untuk memancing ikan haruan. Selepas banyak tempat pokcik pusing. Tidak pula terjumpa tempat yang sesuai untuk melontar joran yang berumpankan seekor katak tiruan. 

Kebanyakkan parit dikawasan sawah sekarang ni telah keruh airnya disebabkan musim petani sedang membajak sawah bendang mereka.

Berhabis ikhtiar pokcik ke rumah sahabat yang mana dia merupakan satu-satunya penduduk kampung yang tinggal dikawasan sawah padi ini. Jarak rumah beliau dengan penduduk yang lain lebih kurang satu kilometer..

Jumpa dia tadi pokcik cakap nak memancing kat kolam ternakan ikan kelinya. Nak pelepas gian. Dia membenarkan pokcik dengan syarat ikan yang ditangkap hendaklah diambil tidak boleh dilepaskan... tidak kira besar atau kecil.. dan tadi pokcik dapat pancing tiga ekor yang besar sekali seberat 2.8kg (tengok gambar) Kesemuanya tiga ekor pokcik pancing. Berat keseluruhannya hampir empat kilo. Pokcik bayar dengan harga RM15.00... kira murahlah tu kan... Tak dapat pancing yang dalam parit dapat pancing kat kolam lagi ok kan..

Yang pegang ikan tu bukan sahabat pokcik tapi jiran sebelah rumah pokcik yang berkebetulan ada disana

3 ulasan:

Abam Kie berkata...

sedap tu buleh makan ike darat..kalu bakar cicah budu kan sedap!

Malinda berkata...

tak kira la yg di sawah atau kolam yg penting gian nak memancing dah lepas...besonye ikan keli tu...di goreng garing pastu curah sambal berlado mesti terangkat pokcik...

norrash berkata...

Besarnyo ike keli 2...klu masak lemak cili api mmg best ar tamboh plok nga ado budu...wowww...