Jumaat, 8 Januari 2016

Hasil Berburu di baruh kua

Share it Please
Petang tadi pokcik ke Baruh Kua. Seperti biasalah petang-petang kalau tiada kerja yang hendak dilakukan pokcik akan kelek kamera pokcik dengan menunggang kapcai buruk pokcik keliling kampung atau ke sekitar sawah bendang. Dengan hasrat mendapat momen-momen yang menarik.


Ya lah, duduk kat kampung ni mana dapat peluang nak rakam gambar bangunan pencakar langit yang tingginya sampai berpuluh tingkat. Macam tadi, pokcik tidak dapat menemui momen yang lebih menarik melainkan pokok kayu yang mati berlatarbelakangkan awan gemawan waktu senja . Itu pun dikira ok dari tiada dapat sebarang hasil.

Paling tidak pun  sempat rakam suasana mentari senja yang baru melabuhkan diri dibalik perbukitan dan memercikkan biasan warna kemerahan dan kekuningan di atas awan.
 



Tiada ulasan: