Jumaat, 1 Januari 2016

Bloglist Januari 2016

Share it Please



Selamat pagi, selamat Tahun baru 2016 dan Salam jumaat.

Posting pertama bagi tahun 2016 dan jatuh juga di pagi jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Terlalu banyak peristiwa suka dan duka yang berlalu terhadap diri kita semua pada tahun 2015 dan juga tahun-tahun yang lalu.

Semuga disepanjang tahun 2016 yang akan kita harungi nanti akan memberikan segala peristiwa yang manis. Semoga diri kita dirahmati oleh Allah S.W.T. dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Semoga negara kita terus aman dan makmur, ekonomi terus kukuh menjadi pilihan pendatang dengan izin dan tanpa izin. dan kita sebagai rakyatnya akan terus menghadapi cabaran ini kerana disinilah kita dilahirkan.

Sesungguhnya kita semua memohon agar pemimpin-pemimpin kita terus berlaku adil, adil pada tempatnya. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sudah tentu kita tidak mahu melihat rakyat kita ini terus melarat sedangkan kita gah mencanang bahawa kita telah mencapai status negara maju lebih awal.

Sesungguhnya apa yang telah berlaku pada tahun 2015 kita semua jadikannya sebagai ikhtibar bagi diri kita dalam mengharungi hidup kita ini di tahun-tahun mendatang. Semuga kita sentiasa berpeluang bersaing sesama kita.

Haa.. haaa.. panjang mukadimmah pokcik diawal tahun, macam pemimpin masyarakat. Yang sebenarnya kita semua adalah pemimpin. Pokcik memimpin keluarga pokcik begitu juga kita semua. Cukup lah tu pokcik tak nak melalut lagi

Berbalik pada tajuk atas tu, sehari dua ni kalau berkesempatan ruang dan ketika pokcik akan kemaskini senarai blog di bloglist pokcik tu. Mungkin ada blog yang akan pokcik buang, mungkin ada blog yang dikekalkan dan mungkin ada blog yang menarik minat pokcik, pokcik akan masukan kat Blog Pilihan Hati. 

Kalau ada rakan-rakan blogger yang minat untuk pokcik senaraikan blog mereka kat bloglist ni. Bolehlah tinggalkan URL blog masing-masing kat ruangan komen dibawah entri ni.

Akhir kata dari pokcik, Selamat mengharungi tahun 2016 semoga diri kita terus tabah menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Semoga kita semua diberi kesihatan yang sempurna... Amiin..

3 ulasan:

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata...

Join ...

http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/

http://jombercontest.blogspot.com/

BaNu Syah berkata...

nak jugak :)

http://mulan-sahbanu.blogspot.my

Amy Hilmirda Daud berkata...

nak join...
http://hilmirdadaud.blogspot.my