Sabtu, 5 Disember 2015

Petai belalang belakang rumah



Petai belalang belakang rumah dah makin besar dan tinggi.  Petai belalang ni tak ramai yang suka memakannya. Anak-anak pokcik pun kurang gemar kalau dimakan buat ulam cicah sambal atau budu tapi kalau dicampur dengan  bersama-sama ulam lain dalam nasi kerabu memang tak cukuplah jawabnya.

Kalau dulu pokcik suka sangat makan benda ni, dibuang isi dari papannya cukup semangkuk terus masukkan dalam bekas budu campur dengan hirisan kecil cili kampung... jawabnya macam nak meletup lidah ni.




sejak dua menjak ni.. pokcik dah tak berapa minat untuk makan benda ni. Bukannya apa pokcik alah dengan benda ni. Bila makan aje, tak kiralah sikit atau banyak... makan akan adalah perubahan pada diri pokcik, gatal mata, gatal hidung, mata berair (resdung tu) tak sanggup rasanya. 

Tapi kesannya tidaklah sehebat makan ayam kampung. Pernah sekali tu pokcik makan ayam kampung tiga hari tak pergi kerja (1 hari cuti rehat 2 hari MC) sakit kepala sampai demam-demam. Sekarang ni pokcik berhati-hati pasal makan... Doktor kata kenalpasti makanan.

5 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

tingginya pokcik... sy baru kenal petai belalang ni sejak duk kedah... sokmo duk makan ulam, kt sini mcm2 ulam ada.... semua murah2....

Pokcik Blogger berkata...

kedah dengar cerita makanan lebih murah dari Terengganu. .

tiga lalat berkata...

bila dh berumur nih dh mcm2 penyakit alergik nk dtg pokcik kanns., huhu2

Pokcik Blogger berkata...

iya lah wak... banyak dah kena kontrol ni

PeRdU cINta berkata...

Lama sangat tak makan petai ni..PC panggil anak petai..hihi..sebab comel2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates