Rabu, 30 Disember 2015

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2016



Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah nak masuk 2016. Bagaimana dengan persediaan anak-anak sekolah. Seragam sekolah dia orang. Alhamdulillah pokcik dah selesai bab tu. Yang tinggal sekarang bab yuran dan buku-buku sekolah dia orang sahaja lagi.

Sekarang ni pokcik dah tinggal tiga yang bersekolah... Bongsu, perempuan sorang tu tahun depan dah tahun tiga yang keempat masuk tingkatan satu dan yang ke dua tingkatan lima. Jimat sikit perbelanjaan.

Yang sulong dok POU Ipoh tu sekali-sekala minta belanja, yang kedua bercuti panjang sementara menunggu result SPM, sambil intai-intai kerja sementara.

Pagi tadi sekolah pokcik dah mengadakan hari pendaftaran bagi sesi persekolahan bagi tahun 2016. Nampak meriah dengan riak wajah yang ceria dari ibu bapa.  Dapat jumpa rakan-rakan guru yang ada tu dah berminggu tak jumpa.  Siap mendaftar pelajar-pelajar. Sesi bermesyuarat pengurusan bagi tahun 2016 bermula.. selamat bertugas kembali


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates