Jumaat, 4 Disember 2015

Mimpi Ngeri

Share it Please

Gambar sekdar hiasan

Semalam pokcik bermimpi... bukan mimpi basah,.. betul, sungguh ngeri mimpi pokcik. Bukan mimpi dikejar anjing atau dipatuk ular, yang ni lain. Rasa nak cerita tapi seakan tak nak kongsi... biarlah pokcik cerita sedikit.

Pokcik telah menumpang sebuah kapal yang amat besar, diketuai oleh seorang nakhoda yang amat hebat dan tersohor dalam pelayaran. Dibelakang kapal kami terdapat ratusan ribu lagi kapal yang mengiringi pelayaran. 

Dalam jarak yang tidak berapa jauh mendekati daratan atau jarak pandangan mata memandang yang jelas... Tiba-tiba terdengar riuh dibelakang dengan ngauman yang entah maha dahsyat bunyinya. Bila ditoleh kebelakang terlihat ribut yang kuat dengan gulungan ombak yang besar melebihi ketinggian puncak gunung cuba menghempas kapal-kapal yang berada dibelakang.

Maka berkejar-kejaranlah kapal-kapal dibelakang ini cuba mendahului antara satu sama lain. Cuba lari dari gulungan ombak dan badai, banyaklah kapal yang tenggelam. Diatas kapal yang pokcik naik keadaan riuh dan amat tidak terkawal sehingga ada diantara mereka itu yang terjun untuk menyelamatkan diri sendiri kerana rasa tidak percaya lagi  pada nakhoda yang mengemudi kapal.

Hampir sampai di muara sungai kapal yang pokcik naik dihempas badai yang amat kuat dan pecah. Dengn itu juga pokcik tersedar dalam kebasahan... bukan basah apanya.. berpeluh didahi.. haa...haa..

Masih ingat lagi pada-kata-kata arwah ayah pokcik. ..kalau kita mimpi pasal ribut. Lebih-lebih lagi ribut itu membadai rumah kita atau sesiapa sahaja dikalangan saudara mara kita. Maka akan berlaku perselisihan antara suami isteri di dalam rumah tersebut. Kalau kita bermimpi berenang diair yang dalam ataupun dikelilingi air yang banyak, ada rezeki yang akan  kita dapati..

Semoga negara kita dan diri kita ini dilindungi oleh Allah .S.W.T


3 ulasan:

Nadzirah Salahuddin berkata...

Pernah juga mimpi benda-benda ngeri macam ni. Mula-mula kecut perut juga siap timbul rasa insaf. Tapi lama kelamaan lupa mimpi apa dan insaf tu pun melayang entah ke mana. ^.^"

http://officialnasa28.blogspot.my/

tiga lalat berkata...

mimpi pokcik basah jugak yee., ammvoiii

Mek Zumbie berkata...

Doa kan yg baik-baik aje :) Semoga dilindungi Allah s.w.t :)