Khamis, 3 Disember 2015

Menjadi fasilitator kursus asas blogspot

Tak disangka dan tak diduga.. tiba-tiba pokcik menjadi fasilitator kursus asas blogspot bagi peserta dari Islamic Outreach ABIM Besut.

Sebenarnya pokcik dah maklum awal-awal lagi pada rakan-rakan dari NGO ini yang pokcik bukan pandai sangat untuk mengajar buat blog ni, setakat asas tu bolehlah. Kalau untuk yang lebih advanced minta dia orang cari yang lain.  Pusat Internet 1Malaysia Alor lintang Besut dipilih bagi lokasi kursus ini


Lagi pun blog pokcik ni bukanlah lah blog yang sohornya seantero Malaya, dengan pageview tak sampai dua ratus dalam satu hari.. Kata sahabat ni dia orang tak kisah, janji dapat ilmu.


Jadi apa yang ada didada ini pokcik kongsilah bersama mereka....mereka terima seadanya. Namanya lagi kursus asas, merangkak-rangkaklah pokcik bercerita pada dia orang tapi bestnya dia orang cepat tangkap. .. memudahkan lagi tugas pokcik
 
Lebih memudahkan lagi tugas pokcik bila pokcik dibantu oleh dua gadis manis dari Pusat Internet 1M, seorang tu sememangnya bertugas ditempat yang diadakan kursus dan seoarng lagi didatangkan dari Pusat Internet 1M Jabi, Besut
 

Kursus yang bermula jam 3.00 petang berakhir pada jam 5.00 petang. Masa yang semput itu sebenarnya tidak mencukupi  untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci lagi. Tapi cukuplah sekadar untuk dia orang dapat post entri dan bagaimana memuatnaik gambar dari komputer ke blog masing-masing.

Sebenarnya pokcik rasa terharu, dengan berblog secara main-main dan bukan sangat mengharapkan keuntungan tapi masih ada yang sudi menghargainya. Selesai kursus tadi dan selepas makan mereka memberi cenderahati sebagai tanda kenangan. Jemputan ini memberi makna cukup besar buat pokcik ... hasil dari berblogging.
 
 

Pokcik cadangkan diadakan sinambungan bagi sesi ini kerana masih banyak yang perlu dipelajari. Bagi hadiah dan cenderahati tak payahlah disediakan.. cukup dibuat secara santai dan secara anak-beranak




4 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

x kisah la pokcik blog pokcik brapa view,,, maknanya Allah suruh tu pokcik bg ilmu yg yg pokcik ada... allhamdulillah.... gd sharing.... :)

tiga lalat berkata...

wahh., dah fofuler tu pokcik., hebatt n terbaek.,
kata orang, ular menyusur akar takkan hilang bisanya ., mugo pokcik terus maju jaya., ;p

tiga lalat berkata...

blog dorang tu xde nak share kat blog pokcik ni ke ? hehe2

Pokcik Blogger berkata...

nantilah wak bila blog dia orang siap sepenuhnya pokcik share kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates