Khamis, 17 Disember 2015

Cabaran 2016

Share it Please




Kurang 2 minggu lagi tahun 2015 bakal sampai ke penghujungnya. Lepas tu tibalah tahun 2016 yang dijangka agak mencabar dari segi ekonomi. Bagi yang tinggal kat kampung macam pokcik ok lah lagi.... terasa memang terasa, tapi tidaklah seteruk  mereka yang tinggal kat bandar tu

Kat kampung macam pokcik ni mana ada jalan bertol,kami kat ceruk kampung ni bebas tol. Hari tu pokcik dah rasa pergi kat Key El. Pusing situ pusing sini... bayor semua.

Semakin hari kos sara hidup makin naik tapi gaji tak naik pun... naik memang naik tapi sekali setahun sementara barang keperluan berkali-kali naik dalam setahun. Duit seratus sekarang dah tak sama macam nilai seratus satu tahun yang lalu.

Banyak cabaran ekonomi yang kena hadapi ni... lebih-lebih lagi bila sekolah dah nak buka.. kata seorang sahabat pokcik yang kerjanya menoreh getah yang sekarang ni terpaksa menukar profesionnya bila musim hujan menjengah.

"Aku tak nak pikir sangat pasal duit ni, kalu aku pikir darah aku makin naik nanti rebah tepi jalan aku..yang pasti sekarang apa kerja aku buat janji halal. Aku nak bagi anak aku makan minum.. kalu benda yang haram nanti gelap pula hati dia nanti... bila penat, aku dapat rehat dalam senyum"

1 ulasan:

tiga lalat berkata...

duit bukanlah segalanye2nyer., tapi segalenyer nk pakai duit., pokcik kannns ;p