Ahad, 6 Disember 2015

Betul ke pokcik boleh buat...

Share it Please


Ada yang tanya pokcik, betul ke pokcik boleh buat kabinet dapur . Ahaaa... betullah. Tapi memang pokcik tak pernah buat lagi set kabinet dapur.

Yang lepas-lepas sudah pokcik hanya siapkan petak-petak dalam reban itik ayam....pasal kabinet dapur pokcik belum buat tapi pokcik yakin pokcik boleh buat, tu yang terasa nak buat.

Dua bulan lepas pokcik siapkan katil untuk anak perempuan pokcik walaupun tak cantik anak puji.. kukuh tegap. itu pun pokcik buat dengan menggunakan peralatan asas.... tukul, pahat dan gergaji.

Bila nak buat kabinet dapur ni pokcik terasa juga nak ada beberapa alat seperti circular saw, drill, planner atau sander... yang asas untuk hobi sahaja sekadar mencukupkan. Harga alat-alat ni pun mahal juga.. tunggu ada duit lebih dulu dalam poket...

Tadi pokcik pergi kedai buku... tetiba tengok buku ni rasa  tertarik hati  untuk memilikinya  sebagaimana hobi yang baru bercambah ni... dalam bahasa inggeris..



Yakin boleh buat...

2 ulasan:

tiga lalat berkata...

bole je pokcik kalo yakin., ;)

PeRdU cINta berkata...

In sha Allah :)