Selasa, 1 Disember 2015

1st Disember - keseorangan

Share it Please
  

Seperti biasa sejak sekolah bercuti ni, dipagi-pagi hari pokcik akan singgah di kedai kopi tepi parit untuk bersarapan pagi.

"Hai, cuti-cuti sekolah pun kerja juga" Kakak kedai kopi tegur pokcik.

"Aha.. akak, kerja... yang cuti tu murid-murid dan guru. Kalau saya cuti siapa yang nak sapu sampah, sapa yang nak potong rumput" jawab pokcik.

"Akak ingatkan kamu cuti macam cikgu juga, maklumlah duduk kat sekolah" Sambung akak tadi.

"Akak, cikgu sekarang pun dah tak macam dulu.. bila-bila masa dia orang pun akan dipanggil... kerja tu lah kerja nilah..  kursus itu ini" Jelas pokcik.

Bila time cuti macam ni yang pastinya pokcik keseorangan bila cuti datang.....

Ramai juga pengunjung yang sudi bertandang ke blog pokcik dan meninggalkan komen.. Sebagai penghargaan pada rakan blogger pokcik senarai sedikit daripada mereka:-

1.   3lalat  (24)
2.   Perdu Cinta (8)
3.   Fida Z Ein (6)
4.   Sheila Adziz (5)
5.   Mrs A  (3)
6.   Nam Yull (2)
7.   Fifi Fizah (2)
8.   MG Schmidt (2)
9.   The Kehalusan Kelembutan (2)


Bagi yang tidak tersenarai tu terimakasih pokcik ucapkan kerana sudi juga meninggalkan sedikit komen. Komen-komen ini sedikit sebanyak memberi perangsang untuk pokcik berblog


4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Terima kasih kepada semua yang tersenarai...alhamdulillah..in sha Allah sentiasa sokong...

tiga lalat berkata...

samalah kita pokcik, cuti sekolah pon wak kena keje potong rumput jugakk., hakhak2

ps. camane komen wak leh berjuta2 lemon byk gituu., huhu2

Mawar Melati berkata...

First time berkunjung ke blog pokcik...

Nur Khairul Azizi Mohamad berkata...

Assalamualaikum pokcik blogger....Nak jemput tuan blog & pengomen setia untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang kini berlangsung....

http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html