Rabu, 30 Disember 2015

Bila berpeluang



Dah agak lama pokcik tidak berpeluang untuk ke kawasan baruh (sawah padi) bila senja menjelang. Tadi kesempatan yang datang pokcik gunakan sebaik mungkin.. dapatlah snap sekeping dua gambar untuk dijadikan koleksi pokcik... 

Tidaklah secantik mana pun berbanding dengan pemandangan yang kalau dapat dilihat secara realiti.. sungguh indah ciptaanNYA.











Continue Reading…

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2016



Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah nak masuk 2016. Bagaimana dengan persediaan anak-anak sekolah. Seragam sekolah dia orang. Alhamdulillah pokcik dah selesai bab tu. Yang tinggal sekarang bab yuran dan buku-buku sekolah dia orang sahaja lagi.

Sekarang ni pokcik dah tinggal tiga yang bersekolah... Bongsu, perempuan sorang tu tahun depan dah tahun tiga yang keempat masuk tingkatan satu dan yang ke dua tingkatan lima. Jimat sikit perbelanjaan.

Yang sulong dok POU Ipoh tu sekali-sekala minta belanja, yang kedua bercuti panjang sementara menunggu result SPM, sambil intai-intai kerja sementara.

Pagi tadi sekolah pokcik dah mengadakan hari pendaftaran bagi sesi persekolahan bagi tahun 2016. Nampak meriah dengan riak wajah yang ceria dari ibu bapa.  Dapat jumpa rakan-rakan guru yang ada tu dah berminggu tak jumpa.  Siap mendaftar pelajar-pelajar. Sesi bermesyuarat pengurusan bagi tahun 2016 bermula.. selamat bertugas kembali


Continue Reading…

Isnin, 28 Disember 2015

Ahad, 27 Disember 2015

Khamis, 24 Disember 2015

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Baru Faiz & Raja Nurul Nasuha. Pagi tadi pokcik ke majlis akad nikah anak buah pokcik... anak sepupu. Dengan sekali lafaz sahaja anak buah pokcik ni dah bergelar suami orang... Engkau jaga baik-baik bini engkau tu Faiz ye.. nasihat dari pokcik tadi

Majlis yang diadakan pada jam 12.00 tengahari di Masjid Pekan Kuala Besut. Majlis persandingan akan diadakan pada sabtu ni 26 Disember di Kampung Dalam Rhu, Kelantan. Sebelah pihak lelaki pula pada 8 Januari 2016.
Continue Reading…

Rabu, 23 Disember 2015

Hasil dari hobi #29 - Angsa ganas


Angsa ganas. Mulanya pokcik tertanya juga dari mana datangnya ayat angsa ganas ni, bila anak pokcik sering menyebut perkataan  tu.... nak kata angsa ni ganas tu taklah ganas sangat.. belum ada lagi yang kena cubit manja dengan angsa ni.. walaupun ada ugutan dari kumpulan angsa ni.

Rupanya  angsa ganas  ni adalah  nama kumpulan dalam rancangan Super Spontan di Astro.. ntah musim yang ke berapa..

Tapi angsa pokcik tak ganas, siap boleh peluk dan gosok-gosok. Tapi itu untuk tuan dia kalau orang lain yang tak dikenalinya gerenti ada yang kena kejar..



Continue Reading…

Segmen Blogwalking + Bloglist


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan
Continue Reading…

Selasa, 22 Disember 2015

Ahad, 20 Disember 2015

Hilang follower


Hilang Follower.. bila pokcik blogwalking ke blog rakan-rakan yang ada dalam bloglist ni. Ramai antara mereka yang bercerita pasala kehilangan follower, pokcik ingatkan pokcik saja yang kena rupa-rupanya ramai kena.

Tak tau la apa sebabnya. Pokcik taklah ramai sangat follower ni, dan kehilangan tiga dari mereka. Ada juga rakan blogger yang sampai berbelas dan berpuluh follower yang hilang. Apa kes ni?...


Continue Reading…

Khamis, 17 Disember 2015

Cabaran 2016





Kurang 2 minggu lagi tahun 2015 bakal sampai ke penghujungnya. Lepas tu tibalah tahun 2016 yang dijangka agak mencabar dari segi ekonomi. Bagi yang tinggal kat kampung macam pokcik ok lah lagi.... terasa memang terasa, tapi tidaklah seteruk  mereka yang tinggal kat bandar tu

Kat kampung macam pokcik ni mana ada jalan bertol,kami kat ceruk kampung ni bebas tol. Hari tu pokcik dah rasa pergi kat Key El. Pusing situ pusing sini... bayor semua.

Semakin hari kos sara hidup makin naik tapi gaji tak naik pun... naik memang naik tapi sekali setahun sementara barang keperluan berkali-kali naik dalam setahun. Duit seratus sekarang dah tak sama macam nilai seratus satu tahun yang lalu.

Banyak cabaran ekonomi yang kena hadapi ni... lebih-lebih lagi bila sekolah dah nak buka.. kata seorang sahabat pokcik yang kerjanya menoreh getah yang sekarang ni terpaksa menukar profesionnya bila musim hujan menjengah.

"Aku tak nak pikir sangat pasal duit ni, kalu aku pikir darah aku makin naik nanti rebah tepi jalan aku..yang pasti sekarang apa kerja aku buat janji halal. Aku nak bagi anak aku makan minum.. kalu benda yang haram nanti gelap pula hati dia nanti... bila penat, aku dapat rehat dalam senyum"

Continue Reading…

Rabu, 16 Disember 2015

Selasa, 15 Disember 2015

Hari-hari yang makin sibuk


Semakin menjelang tahun baru semakin sibuk. Seperti biasalah kalau diakhir tahun seperti ini. Tugas-tugas pokcik di pejabat semakin banyak yang perlu dibereskan sebelum masuk tahun lain, terutamanya  berkkaitan dengan akaun. Segala perbelanjaan, segala peruntukan kewangan dan macam-macam lagilah.

Alhamdulillah rezeki pokcik pun sedikit bertambah... pada asalnya risau juga, iyalah kan cuti sekolah semakin habis. Sesi tahun baru akan bermula, semuanya perlukan perbelanjaan yang besar.. uniform sekolah anak-anak perlukan yang baru, duit belaka tu kan. Anak yang kat POU Ipoh tu pula dah mengadu nak kan laptop... hari tu dah bagi tapi rumah sewanya dimasuki  orang dan segalanya banyak dikebas simalaun tu.

Isteri pula mengadu mahu buka satu lagi kedai.. duit belaka tu kan... Hari tu pokcik ada buat kursus fotografi dan juga blog... tindak balas dari itu, ada beberapa rakan peserta yang berusia baya-baya pokcik, minta pokcik buat design kad jemputan dan juga custom book.. dah cakap dah kat dia orang pokcik tak reti...tapi dia orang tak kisah asal jadi jer... dapatlah seposen dua tu kan.. rezekilah tu kan..

Tapi, minggu ini memang sibuk lah..
Continue Reading…

Sabtu, 12 Disember 2015

Khamis, 10 Disember 2015

Rabu, 9 Disember 2015

Giveaway Akhir Tahun 2015 by Beautiful Of Iman



http://beautifulofiman.blogspot.my/2015/12/giveaway-akhir-tahun-2015-by-beautiful.html

Bila di tanya kenapa pokcik suka join segmen atau giveaway... sebabnya sudah tentulah dengan cara ini pokcik mengenali rakan-rakan blogger yang lain atau  pun rakan-rakan yang lain boleh mengenali atau mengetahui tentang kewujudan blog pokcik ni.

Tapi pokcik suka join segmen yang simple tidak payah klik itu ini yang banyak sangat.. line internet pokcik kat kampung ni ciput..slownya memang amat slow.. kadang-kadang tu sampai tahap boring kadang-kadang tu ok je... 

Soal hadiah tu nombor dua... besar atau kecil tiada masalah. Jadi jomlah pakat join giveaway ni.. pakat meriah.. jom klik banner tu.
Continue Reading…

Kursus Fotografi & Asas Photoshop


Tadi, seharian pokcik berada di tempat Kursus Fotografi & photoshop asas di KRT Seberang Jerteh,..Bukan sebagai peserta kursus tetapi sebagai pembantu fasi... Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang




Pada sebelah pagi bermula jam 9.00 kursus asas bermula dengan Tuan Haji Alias b. Ab. Ghani guru besa SK Kampung Amer memulakan tugas sebagai fasi.. beliau merupakan bekas guru pokcik dahulu. Selepas itu sahabat pokcik, Cikgu Yusri pula menyambung tugas sebagai fasi.. 
 

Sesi pembelajaran Photoshop bermula jam 3.00 petang disampaikan oleh petugas Pusat Internet 1M. Jam 5.00 petang Timbalan Pengarah JPNIN negeri Terengganu merasmikan kursus dan menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
 

Pokcik pun tak naklah upload banyak-banyak gambar kat sini...  layanlah sekeping dua aje gambar.. 


Continue Reading…

Isnin, 7 Disember 2015

Meja Kerja #21 - Kuih dari rakan--rakan



Musim cuti sekolah ni.. kantin sekolah pun sememangnya tutup. Untuk mencari makan bila tengahhari pokcik kena keluar jauh. Maklumlah bertugas di dalam FELDA ni... Untuk mencari makan tengahari agar sukar sikit.

 Jadi, tadi  ada beberapa rakan guru yang datang membawa kuih untuk pokcik..  terisilah sikit perut pokcik untuk tenggahari ini.
Continue Reading…

Ahad, 6 Disember 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015 !

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

pokcik tag :-
3lalat

Continue Reading…

Betul ke pokcik boleh buat...



Ada yang tanya pokcik, betul ke pokcik boleh buat kabinet dapur . Ahaaa... betullah. Tapi memang pokcik tak pernah buat lagi set kabinet dapur.

Yang lepas-lepas sudah pokcik hanya siapkan petak-petak dalam reban itik ayam....pasal kabinet dapur pokcik belum buat tapi pokcik yakin pokcik boleh buat, tu yang terasa nak buat.

Dua bulan lepas pokcik siapkan katil untuk anak perempuan pokcik walaupun tak cantik anak puji.. kukuh tegap. itu pun pokcik buat dengan menggunakan peralatan asas.... tukul, pahat dan gergaji.

Bila nak buat kabinet dapur ni pokcik terasa juga nak ada beberapa alat seperti circular saw, drill, planner atau sander... yang asas untuk hobi sahaja sekadar mencukupkan. Harga alat-alat ni pun mahal juga.. tunggu ada duit lebih dulu dalam poket...

Tadi pokcik pergi kedai buku... tetiba tengok buku ni rasa  tertarik hati  untuk memilikinya  sebagaimana hobi yang baru bercambah ni... dalam bahasa inggeris..



Yakin boleh buat...

Continue Reading…

Sabtu, 5 Disember 2015

Kursus Asas Fotografi



Sebagaimana banner di atas. Tarikh kursus, Masa dan tempat semuanya tercatat. Pelepasan dari boss pokcik dah dapat tapi yang ni pokcik bukanlah bertugas sebagai fasi sepenuhnya.

Tugas pokcik hanya sebagai pembantu pemudahcara. Slot Kursus asas fotografi DSLR dan Smartphone akan dibuat oleh pegawai dari SKMM pada sebelah pagi. 

Pada sebelah petangnya pula kursus asas penggunaan photoshop  akan dibuat oleh sahabat pokcik dan pokcik sebagai pembantu pemudahcara. Membantu peserta yang mungkin akan tergagap dalam menggunakan software ini.
Continue Reading…

Petai belalang belakang rumah



Petai belalang belakang rumah dah makin besar dan tinggi.  Petai belalang ni tak ramai yang suka memakannya. Anak-anak pokcik pun kurang gemar kalau dimakan buat ulam cicah sambal atau budu tapi kalau dicampur dengan  bersama-sama ulam lain dalam nasi kerabu memang tak cukuplah jawabnya.

Kalau dulu pokcik suka sangat makan benda ni, dibuang isi dari papannya cukup semangkuk terus masukkan dalam bekas budu campur dengan hirisan kecil cili kampung... jawabnya macam nak meletup lidah ni.




sejak dua menjak ni.. pokcik dah tak berapa minat untuk makan benda ni. Bukannya apa pokcik alah dengan benda ni. Bila makan aje, tak kiralah sikit atau banyak... makan akan adalah perubahan pada diri pokcik, gatal mata, gatal hidung, mata berair (resdung tu) tak sanggup rasanya. 

Tapi kesannya tidaklah sehebat makan ayam kampung. Pernah sekali tu pokcik makan ayam kampung tiga hari tak pergi kerja (1 hari cuti rehat 2 hari MC) sakit kepala sampai demam-demam. Sekarang ni pokcik berhati-hati pasal makan... Doktor kata kenalpasti makanan.
Continue Reading…

Jumaat, 4 Disember 2015

Ooooo... Rupanya ada makhluk yang tersembunyi



Oooooo... rupanya ada mahkluk yang tersembunyi. Tadi  selepas bagi itik ayam makan macam biasalah pokcik galas kamera... saja, nak ambil sekeping dua gambar bunga.

Waktu pokcik rakam gambar ni tak perasan pula pokcik ada makhluk yang tersembunyi. Sebaik pokcik cucuk SD kad kat laptop, baru perasan ada makhluk ni. 
 
Nampakkan mahkluk tu kan,....kan...




Continue Reading…

Mimpi Ngeri


Gambar sekdar hiasan

Semalam pokcik bermimpi... bukan mimpi basah,.. betul, sungguh ngeri mimpi pokcik. Bukan mimpi dikejar anjing atau dipatuk ular, yang ni lain. Rasa nak cerita tapi seakan tak nak kongsi... biarlah pokcik cerita sedikit.

Pokcik telah menumpang sebuah kapal yang amat besar, diketuai oleh seorang nakhoda yang amat hebat dan tersohor dalam pelayaran. Dibelakang kapal kami terdapat ratusan ribu lagi kapal yang mengiringi pelayaran. 

Dalam jarak yang tidak berapa jauh mendekati daratan atau jarak pandangan mata memandang yang jelas... Tiba-tiba terdengar riuh dibelakang dengan ngauman yang entah maha dahsyat bunyinya. Bila ditoleh kebelakang terlihat ribut yang kuat dengan gulungan ombak yang besar melebihi ketinggian puncak gunung cuba menghempas kapal-kapal yang berada dibelakang.

Maka berkejar-kejaranlah kapal-kapal dibelakang ini cuba mendahului antara satu sama lain. Cuba lari dari gulungan ombak dan badai, banyaklah kapal yang tenggelam. Diatas kapal yang pokcik naik keadaan riuh dan amat tidak terkawal sehingga ada diantara mereka itu yang terjun untuk menyelamatkan diri sendiri kerana rasa tidak percaya lagi  pada nakhoda yang mengemudi kapal.

Hampir sampai di muara sungai kapal yang pokcik naik dihempas badai yang amat kuat dan pecah. Dengn itu juga pokcik tersedar dalam kebasahan... bukan basah apanya.. berpeluh didahi.. haa...haa..

Masih ingat lagi pada-kata-kata arwah ayah pokcik. ..kalau kita mimpi pasal ribut. Lebih-lebih lagi ribut itu membadai rumah kita atau sesiapa sahaja dikalangan saudara mara kita. Maka akan berlaku perselisihan antara suami isteri di dalam rumah tersebut. Kalau kita bermimpi berenang diair yang dalam ataupun dikelilingi air yang banyak, ada rezeki yang akan  kita dapati..

Semoga negara kita dan diri kita ini dilindungi oleh Allah .S.W.T


Continue Reading…

Khamis, 3 Disember 2015

Menjadi fasilitator kursus asas blogspot

Tak disangka dan tak diduga.. tiba-tiba pokcik menjadi fasilitator kursus asas blogspot bagi peserta dari Islamic Outreach ABIM Besut.

Sebenarnya pokcik dah maklum awal-awal lagi pada rakan-rakan dari NGO ini yang pokcik bukan pandai sangat untuk mengajar buat blog ni, setakat asas tu bolehlah. Kalau untuk yang lebih advanced minta dia orang cari yang lain.  Pusat Internet 1Malaysia Alor lintang Besut dipilih bagi lokasi kursus ini


Lagi pun blog pokcik ni bukanlah lah blog yang sohornya seantero Malaya, dengan pageview tak sampai dua ratus dalam satu hari.. Kata sahabat ni dia orang tak kisah, janji dapat ilmu.


Jadi apa yang ada didada ini pokcik kongsilah bersama mereka....mereka terima seadanya. Namanya lagi kursus asas, merangkak-rangkaklah pokcik bercerita pada dia orang tapi bestnya dia orang cepat tangkap. .. memudahkan lagi tugas pokcik
 
Lebih memudahkan lagi tugas pokcik bila pokcik dibantu oleh dua gadis manis dari Pusat Internet 1M, seorang tu sememangnya bertugas ditempat yang diadakan kursus dan seoarng lagi didatangkan dari Pusat Internet 1M Jabi, Besut
 

Kursus yang bermula jam 3.00 petang berakhir pada jam 5.00 petang. Masa yang semput itu sebenarnya tidak mencukupi  untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci lagi. Tapi cukuplah sekadar untuk dia orang dapat post entri dan bagaimana memuatnaik gambar dari komputer ke blog masing-masing.

Sebenarnya pokcik rasa terharu, dengan berblog secara main-main dan bukan sangat mengharapkan keuntungan tapi masih ada yang sudi menghargainya. Selesai kursus tadi dan selepas makan mereka memberi cenderahati sebagai tanda kenangan. Jemputan ini memberi makna cukup besar buat pokcik ... hasil dari berblogging.
 
 

Pokcik cadangkan diadakan sinambungan bagi sesi ini kerana masih banyak yang perlu dipelajari. Bagi hadiah dan cenderahati tak payahlah disediakan.. cukup dibuat secara santai dan secara anak-beranak




Continue Reading…

Rabu, 2 Disember 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Continue Reading…

Selasa, 1 Disember 2015

1st Disember - keseorangan

  

Seperti biasa sejak sekolah bercuti ni, dipagi-pagi hari pokcik akan singgah di kedai kopi tepi parit untuk bersarapan pagi.

"Hai, cuti-cuti sekolah pun kerja juga" Kakak kedai kopi tegur pokcik.

"Aha.. akak, kerja... yang cuti tu murid-murid dan guru. Kalau saya cuti siapa yang nak sapu sampah, sapa yang nak potong rumput" jawab pokcik.

"Akak ingatkan kamu cuti macam cikgu juga, maklumlah duduk kat sekolah" Sambung akak tadi.

"Akak, cikgu sekarang pun dah tak macam dulu.. bila-bila masa dia orang pun akan dipanggil... kerja tu lah kerja nilah..  kursus itu ini" Jelas pokcik.

Bila time cuti macam ni yang pastinya pokcik keseorangan bila cuti datang.....

Ramai juga pengunjung yang sudi bertandang ke blog pokcik dan meninggalkan komen.. Sebagai penghargaan pada rakan blogger pokcik senarai sedikit daripada mereka:-

1.   3lalat  (24)
2.   Perdu Cinta (8)
3.   Fida Z Ein (6)
4.   Sheila Adziz (5)
5.   Mrs A  (3)
6.   Nam Yull (2)
7.   Fifi Fizah (2)
8.   MG Schmidt (2)
9.   The Kehalusan Kelembutan (2)


Bagi yang tidak tersenarai tu terimakasih pokcik ucapkan kerana sudi juga meninggalkan sedikit komen. Komen-komen ini sedikit sebanyak memberi perangsang untuk pokcik berblog


Continue Reading…

Ceroh Jiloh



Setelah dua tiga hari hujan turun... kadang-kadang lebat kadang-kadang sedikit...(hujan be'ret-be'ret) Hari ini mentari mulai memunculkan diri... maka ceroh jiloh lah pagi ni. Harap-harap panas berpanjangan... keringkan kain diampaian

Kusangkakan panas berpanjangan
rupa-rupanya gerimis mengundang haa...haa..
(Lagu slam punya)
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates