Selasa, 17 November 2015

Keputusan UPSR 2015



Hari ni pokcik ambil cuti.kerana menemani anak jantan pokcik yang keempat mengambil keputusan UPSR.

Masa keputusan tu dibaca seorang demi seorang bukan main berdebar pokcik. Rasa-rasa anak pokcik lebih berdebar menantikan namanya disebut. 

Seramai 12 orang pelajar SK Lubuk Kawah berjaya mendapat 5A...  Walaupun anak pokcik hanya dapat 4A 1B pokcik tetap rasa bangga kerana dia telah berusaha sebaik mungkin hanya nasib tidak menyebelahinya. Yang B tu Bahasa Inggeris... memang dia lemah dan dia sendiri dah jangkakan.

Anak pokcik yang ini merasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat keputusan sepeti abang-abangnya yang lain.

Kata pokcik dan pesan pada dia "Tak apalah cuba lagi nanti, masa masih panjang. Masih boleh sekolah lagi di tempat abang-abang kamu tu"

5 ulasan:

Abam Kie berkata...

Tahniah! SK Lubuk Kawah tu kat mana ye?

Pokcik Blogger berkata...

SK Lubuk Kawah ni kat Jerteh, Besut Abam Kie

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata...

wah..thniah...sama adik ipar pu dpt 4a 1 b

tiga lalat berkata...

walopon tak dapat 5A, pokcik patutnye letak gmbr anak pokcik tu kat blog nih., sekurang2nya dia rasa dihargai., tak acilah letak gmbr yang cemerlang sahaja kann., hihi2 tahniahla wak ucapkan jugakk.,

Pokcik Blogger berkata...

Betul kata wak tu.. sebenarnya pokcik dah pujuk dia, tapi dia tak nak bergambar. Memang anak-anak pokcik ni sukar bila diajak bergambar kalau nak ambil juga gambar dia orang pandai-pandailah curi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates