Isnin, 9 November 2015

Singgah di 'Dalerok'

Share it Please

Singgah di Dalerok.. Kebetulan hari ini pokcik mengambil cuti rehat tahunan satu hari. Esokkan cuti Deepavali... Kesempatan ini pokcik gunakan untuk mengunjungi bekas cikgu pokcik di Dalerok.

Bekas guru pokcik ni dah lama pencen dari dunia pendidikan dan sekarang ni mengusahakan restoran yang diberi nama Dalerok. 


Dalerok itu membawa maksud dalam hutan. Bersesuaian dengan tema restoran dia. Dari luar lagi kita akan tengok pokok-pokok kecil didepan restoran beliau. Masuk sahaja ke dalam kita akan melihat konsep hutan atau 'rok' yang diterapkan. Batang-batang pokok serta teras kayu dijadikan sebagai hiasan dalaman restoran beliau

Untuk ke Restoran Dalerok ini sungguh mudah kerana dia terletak di jalan utama Kota Bharu - Kuala Terengganu, berhampiran dengan Masjid Hadhari Bandar Jerteh bertentangan dengan KFC dan Maybank.


2 ulasan:

tiga lalat berkata...

dh delete erk komen wak tadik ., huhu2

zamizi jusoh berkata...

tersilap delete wak.. minta maaf banyak