Sabtu, 7 November 2015

Memancing puyu

Share it Please
Bila tiada aktiviti yang hendak dilakukan petang-petang dihari minggu. Tiba-tiba pokcik teringat yang sekarang ni musim padi menguning. Musim ikan puyu galak.. kata orang sini.Musim ni ikan puyu saiznya lebih besar.. warnanya lebih kekuningan dan kebanyakan puyu yang dipancing banyak lemak.

Pemandangan pun cantik kan. Hijau dan menguning dari kejauhan. Waktu jerebu melanda baru-baru ini. Pandangan mata terhad... Bukit-bukit disana tidak dapat dilihat.


Bila sampai di sawah yang hendak dipancing... anak saudar pokcik dah ada disana. Sudah berbelas ekor puyu yang dapat diangkat naik kedarat.. Ikan puyu ni goreng kunyit memang sedap, goreng sampai garing.. satu lagi dibuat kering

Kata anak saudara, "minggu lepas lagi seronok memancing. Lagi banyak ikan puyu yang dapat. la ni lepas hujan turun air dalam petak sawah banyak puyu kurang sikit makan umpan. Puyu suka main air". Mungkin ada betul katanya

 

3 ulasan:

namy yul berkata...

cantik betul pemandangan.
saya da setahun mintak puyu dengan adik ipar, suh pancingkan, sampai laa ni xdpat2 :(
saya follow pokcik #306

tiga lalat berkata...

ada pacat tak kat sawah tu pokcik? ;p

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum...singgah sebentar....Seronoknya memancing ikan puyu... sedap masak asam rebus dengan ubi telor.....