Selasa, 10 November 2015

Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015

Pokcik berkesempatan ke Majlis Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015.Itu pun kerana menemano anak perempuan bomgsu pokcik yang ingin sangat menonton persembahan dari sepupunya. SKAK.. Sekolah Kebangsaan Alor Keladi bukanlah sekolah anak pokcik. Walaupun Alor Keladi ini adalah kampung pokcik.. tetapi anak pokcik bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.. sekolah yang berada di kampung jiran.


Berbalik pada Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015 ni. Majlis malam dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar SKAK iaitu En Mat Latif b. Awang kemudian disusuli pula dengan ucapan oleh Ab. Halim b. Hassan Ketua Pegawai Pendidikan Besut .

Acara  seterusnya diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh Adik Nuruzzawanah Yamni bt. Nurunnajmi, Finalist Adik-Adikku Musim Ke 5 2014. Nuruzzawanah ini juga merupakan Naib Johan Tilawah Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013. Antara Anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Solo Terbaik Nasyid Peringkat Kebangsaan 2015 dalam Festival nasyid Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2015. 

Untuk Pengetahuan, Nuruzzawanah ini merupakan adik kepada Nurussyamah Taqiah yang merupakan Pemenang tempat ke 3, Tilawah Kanak-kanak peringkat Antarabangsa yang diadakan di Doha, Qatar. Juga merupakan johan Adik-adik ku yang...... pokcik dah lupa musim ke berapa. Hebat orang kampung pokcik ni..

Terlalu banyak acara yang diadakan pada malam mega ini seperti persembahan Choral Speaking, Koir pakaian beragam dan macam-macam lagilah.


Antara pencapaian SKAK 2015 yang boleh dibanggakan ialah.

1.   Pertandingan SMART ENGLISH Anjuran YDSM
      JOHAN Peringkat Zon
      JOHAN Peringkat Daerah
      SAGU HATI Peringkat Negeri

2.   Anugerah Young SMART READER Negeri Terengganu
      Piala YDSM - Nur Diniy bt. Suhaini

3.   Pertandingan Bicara Berirama
      Karnival Bahasa Melayu 
      JOHAN Peringkat Zon
      JOHAN Peringkat Daerah

4.   Pertandingan Koir Kebersihan
      JOHAN Peringkat Zon
      JOHAN Peringkat Daerah

5.    Pertandingan Action Song
       Karnival Bahasa Inggeris




Jom layan sekeping dua gambar yang pokcik upload kat sini... nak upload kesemuanya tak larat rasanya nak nunggu.
     






0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates