Selasa, 10 November 2015

Kulat

Petang tadi pokcik pusing-pusing belakang rumah, sambil layan itik ayam. Pokcik lepak atas tunggul durian reput. Sambil intai itik ayam mana yang degil tidak mahu masuk reban.

Tetiba terasa hati nak cari kulat. Kulat yang boleh dimakan. Kulat sisir. Kulatkan biasa tumbuh selepas hujan. Sehinggakan tercipta pepatah 'seperti cendawan selepas hujan' hah betulkan tu.


Intai-intai tidak berjumpa pula dengan kulat sisir yang tumbuh dibatang getah yang reput.. la patut pun... dah dua tiga hari tak hujan.


Kulat ni dia ada banyak jenis dan banyak bentuk... ada yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Jangan tersilap makan nanti keracunan.


Pokcik tertarik dengan bentuk-bentuk kulat ni... pelbagai jenis dan warna... tangan gatal nak rakam gambar jenis kulat ni... tapi kaki tak mahu melangkah naik ke rumah untuk ambil DSLR... jadi pokcik guna S4 zoom yang ada dalam poket seluar  untuk rakam kulat ni.



jangan sampai hidup kita jadi macam kulat 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates