Selasa, 10 November 2015

Bila dua beradik berjumpa

Share it Please
Hari ni cuti Deepavali.... pagi-pagi lagi berlarian bersama anak-anak mengejar itik ayam yang terlepas dari reban... Hari ini terpaksa menyembelih dua ekor itik dan dua ekor ayam. Petang nanti hantar pula itik yag siap diproses ni ke kantin sekolah... Rezeki itik ayam.. 

Dalam dok kejar itik ayam pokcik perasan depan rumah mak pokcik ada sebuah kereta datang. Rupa-rupanya mak saudara yang datang... Kakak pada mak pokcik... Walaupun mak saudara ni tinggal dalam lingkungan 5km, kalau tak yang muda hantar tak dapatlah yang tua nak datang berkunjungkan.

Bila dah sekali sekali berjumpa tu banyak yang mereka dok bersembang.. pokcik tak nak layanlah apa yang disembangkan dua beradik tu... pokcik layan sembang dengan sepupu sekejap.. Layan itik ayam balik..
 


Yang mana adik yang mana kakak ni?....

Tiada ulasan: