Isnin, 30 November 2015

Hujan lebat, air ditempayan jangan dicurahkan



Gambar banjir tahun lepas


Dua tiga hari ni, hujan turun dengan lebatnya. Agak sikit merisaukan, bukannya apa.. bimbang dan trauma kini menjelma. Takutkan paras banjir lebih tinggi dari biasa. 

Kejadian menimpa daerah-daerah di Kelantan pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini membuatkan keseronokan menanti musim banjir/bah telah hilang. Kalau dahulu musim banjir adalah salah satu musim yang dinanti-nantikan.. waktu tu masih kanak-kanak dan awal remaja.

Rasanya tahun ini, kalau berlaku banjir parasnya mungkin lebih dari tahun-tahun yang lalu kerana banyak tempat-tempat disekitar kampung pokcik telah ditambun dengan tanah untuk pembangunan. Tempat-tempat lembah ditambun dengan tanah hingga tingginya melebihi dari kawasan-kawasan sekitarnya.

Hingga ada rakan-rakan yang  mengatakan sekiranya berlaku banjir, penduduk sekitar rumah pokcik akan berpindah tahun ini. Depan rumah pokcik alor, belakang rumah pun alor... walau apa pun pokcik berserah segalanya kepada kentetuan Illahi.. 
Rakit dan perahu kena siapkan..



Continue Reading...

Ahad, 29 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"

 
 
Pokcik benar-benar mengharapkan kemenangan. dalam giveaway ni.. walaupun pokcik tak minat baca komik tapi anak-anak pokcik memang kaki komik.

Pokcik baru berkira nak bagi surat ugutan ataupun rasuah supaya bagi menang kat pokcik.. rupanya penganjur giveaway ni lagi ganas...tak nak layan sebarang ugutan..


Admin zyraroxx.blogspot.my ... tu, kasi can lah pokcik menang kali ni...Pokcik nak nasihat kan kat rakan-rakan blogger, jangan klik banner atas tu, biar pokcik sorang je menang kali ni... mua haaa..haa..

Pokcik gurau je tu.. jom lah kita pakat join ramai-ramai.
Continue Reading...

Sambal tanpa belacan




"Awak buat sambal, memang tak sedap' rungut pokcik pada mokcik.

"Sambal kat kedai Jenab tu lagi sedap dari sambal yang awak buat ni" sambung pokcik lagi.

"Dah, kalau dia buat sambal tu sedap sangat, kenapa tak pergi tunggu kedai dia. Pergi lah tunggu" Mokcik mula membebel pada pokcik.

"Seingat sayalah, dulu saya terpikat kat awak ni, pasal sambal belacan yang awak buatlah. Dulu memang sedap tapi sekarang kenapa tak sedap pula" tanya pokcik sebelum sempat mokcik membebel lebih panjang lagi.

"Itu dulu.. dulu saya bubuh belacan. Sekarang ni saya tak masukkan belacan dalam sambal tu.  Kalu saya bubuh belacan tu, nanti ada pula orang berair hidung, sakit kepala, gatal muka" mokcik mula membebel.

"ya ke... ahaa.. lupalah saya". Iyalah sambal tanpa belacan memang tak sedap. Hidup kita ni perlu rencah-rencah sebagai pelengkap kehidupan.. barulah sedap dan menarik.

Teringat pokcik pada dialog Allahyarham S. Shamsuddin dalam filem Seniman Bujang Lapok. " Apa? pasal belacan mahu gaduh ke"

Dan satu lagi dialog pasal belacan dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee.. Alibaba Bujang Lapok.
Continue Reading...

Jumaat, 27 November 2015

Segmen Tonton Guruku Tersayang

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/11/segmen-guruku-tersayang.html

Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda. Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah.

2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini.

Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.

Continue Reading...

Ke lokasi kejadian

Pagi ini, pokcik bersama seorang rakan wartawan ke lokasi kejadian dimana dua kanak-kanak berusia sembilan tahun mati lemas kerana tergelincir di dalam perigi.

Kejadian berlaku pada petang semalam. Dimana tiga kanak-kanak ini bermain berhampiran dengan perigi yang digunakan untuk meracun rumput di kebun kelapa sawit kira-kira 200 meter dari rumah mangsa. 

Ketiga-ketiga kanak-kanak ini tergelincir jatuh dan salah seorang dari mereka dapat naik dan terus memaklumkan kepada jiran yang berdekatan. Salah seorang mangsa adalah OKU (lembam)

Salah seorang jiran berdekatan menunjukkan lokasi kejadian mati lemas

Hujan yang lebat pada malam tadi telah menenggelamkan kawasan perigi tersebut.Bagi mereka yag mempunyai anak-anak kecil, awasilah mereka jangan benarkan anak-anak anda bermain dikawasan parit dan tali air. Ingatan ini juga untuk diri pokcik sendiri.

Kawasan rumah pokcik ini dikelilingi alor dan parit. Tambahan sekarang ini musim tengkujuh telah melanda dengan hujan yang lebat dari sejak malam tadi hinggalah sekarang belum pun reda.

Kalau banjir, jalan ke rumah pokcik ni air banjirnya paras dada orang dewasa dan arusnya deras.


Continue Reading...

Khamis, 26 November 2015

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/segmen-blogwaking-dan-tambah-followers.html 
Tarikh tamat : 15 December 2015

Ahaa... kalau segmen yang mudah-mudah dan senang-senang macam ni memang pokcik join.  Line kat rumah pokcik ni ciput.. kalau kena like tu like ni tak terasa pula nak join.

Meh pakat join klik banner atas tu.
Continue Reading...

Rabu, 25 November 2015

Gambar hari rabu #22 - Bukan kucing peliharaan



Setiap kali hendak bermain dengan kucing, pokcik dan anak-anak akan ke rumah mak pokcik. Di rumah pokcik tiada kucing, walaupun pokcik seorang pengemar kucing. Isteri pokcik alahan pada najis kucing.

Stop. Nanti mokcik membebel....

nota: maaf wak tiga lalat,.. sekali-sekala pokcik tiru wak punya ayat (trademark)  ..hi.hi..
Continue Reading...

Selasa, 24 November 2015

Tupa belake rumah (tupai belakang rumah)



Tupai Belakang rumah. Bukan setakat belakang rumah. Kadang-kadang tupai ni dah pandai menyusup masuk ke dalam rumah (pondok kecil) pokcik. Maklumlah pokcik ni rumahnya dikelilingi hutan-hutan kecil. Bukan setakat tupai saja kadang-kadang tu babi pun datang menyondol tanaman.

Tupai ni dah biasa menyusup masuk dan mencari sisa-sisa makanan di dapur rumah pokcik. Bahkan bersarang di belakang almari di dalam bilik.  Yang menjadikan sakit hati bila kain baju yang koyak dijadikan alas sarangnya.. mengamuk sakan mokcik.


Sebenarnya pokcik tak sampai hati nak bunuh anak tupai.. Kesian tupai... mamalia kecil yang dianggap musuh manusia terutamanya pekebun buah-buahan. 

Lirik lagu anak tupai (tengok youtube ---->>) Halim Yazid  menceritakan perihal hubungan dingin manusia dengan tupai.

Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,
jange telajok manggok,

ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,
pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok
jale bawok anok

raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,
kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun tebaka
Continue Reading...

Isnin, 23 November 2015

Mini Giveaway YanieYusuf.com


http://www.yanieyusuf.com/2015/11/mini-giveaway-yanieyusufcom.html
Jom join segmen ni...Tarikh akhir: 30 November 2015.
Macam biasa klik banner atas.
Continue Reading...

Selamat Pagi





Selamat Pagi.

Laporan,...

Pagi, petang dan malam hujan. Dah masuk musim bah... orang kampung pokcik dah tak dapat menoreh getah. Makin ramai yang berlama-lama di kedai kopi tepi parit.

Continue Reading...

Ahad, 22 November 2015

Tragedi selepas hujan



Abaikan tajuk yang ganas atas tu... haa..haa..

Selepas hujan petang tadi pokcik pusing-pusing belakang rumah tengok itik ayam dan bagi makanan kat mereka. lepas tu pokcik lawat pokok betik sepohon dua yang pokcik tanam.

Tiba-tiba terasa gatal kaki. Tengok je, wah rupanya sidia ni yang cuba mencuri darah pokcik. Selepas hujan kan... tentu banyak spesis ni..

Bagi yang geli tu, cuba jangan menjerit nanti malu kat mertua.


Continue Reading...

Hasil dari Hobi #27 - Pokok mahkota dewa dah berbuah



Pokok mahkota dewa dah berbuah. Pokok ni, yang pokcik tanam hari tu nampaknya mulai mengeluarkan buah.  Walaupun hanya tiga biji dan satu pokok sahaja yang berbuah dari dua yang ditanam... dah cukup mengembirakan hati.

Tapi pokcik nak buat apa dengan buah ni?. Pokcik tak pandai nak prosesnya. Ada rakan-rakan yang boleh bagi tahu cara nak proses tiga biji ni?... hee..hee..

Continue Reading...

Sabtu, 21 November 2015

8th Anniversary GiveAway

http://lobaksusue.blogspot.my/2015/11/8th-anniversary-giveaway.html 

Jom join segmen ni.. cukup simple 
berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam
klik banner atas tu

Continue Reading...

Jumaat, 20 November 2015

Santai Rollerblade

Pagi tadi, dalam perjalanan pokcik untuk ke bandar Jerteh. Niat hati nak ke bank. Bank in duit buat anakanda yang sedang belajar di POU Ipoh sana .

Pokcik singgah sekejap di masjid kampung sebelah bila tengok suasana yang meriah, penuh dengan orang ramai.  Rupa-rupanya ada kejohanan dan santai rollerblade anjuran pemuda kampung sebelah.

Macam biasalah bila tengok suasana meriah macam ni. Pokcik snap sekeping dua.. jom layan sekeping dua gambar tersebut












Continue Reading...

Khamis, 19 November 2015

Senyum, tak perlu kata apa-apa


Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Kadang-kadang kita berselisih dengan seseorang yang kita kenal. Dari kejauhan kita ukirkan senyuman yang teramat manis. Tiba-tiba dia memalingkan muka kearah lain. Apa perasaan kita?.

Kadang-kadang kita tidak mengharapkan sapaan dan bual bicara, cukup sekadar senyuman yang dibalas..

Senyum tak perlu kata apa-apa 
 


Continue Reading...

Rabu, 18 November 2015

Gambar Hari Rabu #21 - Hari Anugerah Kecemerlangan

Selesai acara acara majlis tadi kepala terasa pening...penat pun ada.. cukuplah 3 keping gambar ni aje yang berbicara




Continue Reading...

Selasa, 17 November 2015

Birthday Giveaway by Eina ~ Cerita Cantik Sihat

http://www.vitaminkesihatansejagat.com/2015/11/birthday-giveaway-by-eina-cerita-cantik.html 

Rasanya dah agak lama juga pokcik tak menyertai segmen atau giveaway. Tapi yang ni senang. jom join... klik banner atas tu.

Segmen ini akan berlangsung hari ini iaitu 17th November 2015 dan tamat pada 27th November 2015




Continue Reading...

Hasil Dari Hobi #26 - Serangga apa ni?


Petang tadi. Seperti biasa selepas bagi ayam itik makan, pokcik pusing-pusing belakang rumah. Melawat kawasan sekangkang kera tempat pokcik bercucuk tanam yang tak seberapa. Pokcik pergi tengok pokok roselle yang berbunga dan berbuah. 

Pokcik tengok banyak serangga ni yang datang bertenggek kat batang dan bunga roselle ni. Tak pula pokcik kenal dengan tepat nama serangga ni. 

Serangga ni biasanya menyerang tanaman bendi sebelum ni... ada siapa yang tahu nama serangga ni?..

Continue Reading...

Keputusan UPSR 2015



Hari ni pokcik ambil cuti.kerana menemani anak jantan pokcik yang keempat mengambil keputusan UPSR.

Masa keputusan tu dibaca seorang demi seorang bukan main berdebar pokcik. Rasa-rasa anak pokcik lebih berdebar menantikan namanya disebut. 

Seramai 12 orang pelajar SK Lubuk Kawah berjaya mendapat 5A...  Walaupun anak pokcik hanya dapat 4A 1B pokcik tetap rasa bangga kerana dia telah berusaha sebaik mungkin hanya nasib tidak menyebelahinya. Yang B tu Bahasa Inggeris... memang dia lemah dan dia sendiri dah jangkakan.

Anak pokcik yang ini merasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat keputusan sepeti abang-abangnya yang lain.

Kata pokcik dan pesan pada dia "Tak apalah cuba lagi nanti, masa masih panjang. Masih boleh sekolah lagi di tempat abang-abang kamu tu"
Continue Reading...

Isnin, 16 November 2015

Dah Masyhur tempat ni




Dulu-dulu. Masa pokcik gila-gila memancing jeti inilah yang menjadi tempat pokcik melepak bersama kawan-kawan yang seiring dan sejalan, sehati dan sejiwa. Pangkalan kawan-kawn pokcik menurunkan bot pancingan masing-masing untuk ke laut.

Kini tempat ini dah masyhur. Menjadi kunjungan orang ramai dan terlebih dari itu menjadi pilihan produser filem.


Jeti ini pernah menjadi pelabuhan yang sibuk dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Tempat aksi terakhir dalam Polis Evo dan rasa-rasanya ada satu dua drama yang pernah menjalani penggambaraan disini.


Kuala Sungai Keluang ini satu tarikan yang menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja pantainya yang cantik atau bukitnya yang mempunyai pemandangan yang menarik perhatian  kunjungan pendaki siang dan malam. 

Sememangnya Bukit Keluang satu destinasi pilihan yang cantik untuk dikunjungi.
Continue Reading...

Minggu Kenyang

Minggu ni minggu akhir persekolahan. Banyak undangan makan-makan akhir tahun pokcik terima... pendek kata jimatlah duit poket pokcik untuk minggu ni.

Sebentar tadi undangan dari Prasekolah. Banyak menu yang sedap-sedap... sate, mi kari, puding, trifer dan banyak lagi. Mudah kata, dah tiada ruang dalam perut ni yang kosong.


Bukan sahaja rakan guru dan kakitangan sekolah yang diundang, malahan kaum ibu yang anaknya menduduki rumah pra ini juga dijemput hadir.. Memang pokcik kenyang hari ni, sungguh-sungguh kenyang.


Kan untung bertugas di sekolah, masa sambutan hari guru kita pun tumpang kenyang, masa majlis sambutan maal hijrah ke apa-apa ke kita pun tumpang senang.... bila time cuti persekolahan aje yang kita tetap berkerja.





Continue Reading...

Rumah Potong Belanda


Bentuk senibina Terengganu yang paling akhir. Senibina ini dipercayai diperkenalkan oleh Belanda dan British sekitar abad ke 19 di Kepulauan Riau dan Indonesia seterusnya berkembang ke Semenanjung termasuk Terengganu pada abad ke 20.

Ciri-ciri istimewa rumah ini ialah mempunyai pemeleh yang tidak sampai ke kaki atap. Kebanyakan rumah jenis ini, kedua-dua pemelehnya disambung kepada sebuah butori atau guntung di bahagian bumbung.

Kebanyakan rumahjenis ini mempunyai tingkap yang banyak dan menggunakan bahan kaca. Dinding rumah jenis ini pula berbagai, ada dinding jenis pian, tindih kasih, berlis dan susun sirih. 

Rumah jenis ini mempunyai rekabentuk yang berbagai dan di cat dengan pelbagai warna serta menggunakan atap bata singgora (tanah liat)

Untuk melihat contoh dan rekabentk rumah ini anda boleh berkunjung ke Desa Ukiran besut di Kampung Raja, Besut Terengganu.

Continue Reading...

Ahad, 15 November 2015

Meja Kerja #20 - Bakul & Hamper


Wahh.. tettiba pokcik dapat bakul dan hamper, hadiah sempena karnival sukan sekolah hari tu..

Acara sukan apa yang pokcik masuk... rasanya photografer terbaik tu... bab acara lain pokcik tak masuk selain dari acara tarik kerusi kosong... haarg..harg..
Continue Reading...

Jamuan Akhir Tahun

Pagi-pagi lagi pokcik dah terima kad undangan dari seorang pelajar... dengan tajuk Majlis Perpisahan Pengawas dan Unit Disiplin sekolah.

Best juga makan-makan ni kan... dapat jimat duit pokcik untuk makan tengahhari.


Majlis diadakan di Bilik Kemahiran HIdup. dihadiri sebahagian guru-guru kerana ada juga rakan guru yang menghadiri kursus dan taklimat.


Orang ajak makan kita makan lah kan... kalau ajak gaduh dah tak larat nak lawan... hiii.. hiii.. larilah..



Continue Reading...

Sabtu, 14 November 2015

Rumah Bujan Berserambi Selasar




Rumah ini merupakan bangunan berbumbung panjang yang terawal dikalangan senibina tradisional Terengganu. Rumah ini berasal daripada rumah tiang 12 atau 16.

Keunikan rumah bentuk ini ialah mempunyai pemelehan yang besar, tiangnya besar dan tinggi serta diperkukuh dengan belira dan diperketatkan dengan baji.

Atap rumah ini diperbuat dari tanah liat yang dikenali sebagai bata/atap singgora dan dindingnya berpanel jenis janda berhias (kembung) dan dihiasi dengan ukiran. Rumah jenis ini banyak dimiliki oleh orang-orang alim.

Rumah ini dibina dengan menggunakan kaedah pasang siap.

Untuk melihat contoh dan rekabentuk rumah ini, anda boleh berkunjung ke Desa Ukiran Besut yang berada Kampung Raja Besut, Terengganu.



Continue Reading...

Kenapa Dicacatkan Pandangan Itu


Kenapa dicacatkan pandangan itu.... Memang nampak cantik lampu tu kan tapi kenapa dicacatkan pandangan yang cantik ini dengan diletakkan botol atas tu... 

Apa fungsi botol mineral water tu?... Rasanya banyak tempat yang boleh dibuang sampah ni.. tempat yang tinggi ini juga yang menjadi pilihan.


Continue Reading...

ke Majlis Khatam Al-Quran



Pagi ini pokcik meluangkan masa menemani anak keempat pokcik ke Majlis Khatam Al-Quran Pelajar KAFA Negeri Terengganu 2015 bagi daerah Besut. 

Majlis ini diadakan di Masjid Nasiruddin, Kampung Raja, Besut. Pokcik berada disana bermula dari jam 7.30 pagi sehinggalah majlis tamat jam 12.00


Balik dari majlis tadi tiba-tiba kepala terasa berat, hidung mulai berair dan muka gatal-gatal.. Resdung dah datang menyerang... Ada tersilap makan apa tadi yer...



Continue Reading...

Jumaat, 13 November 2015

Jalan-jalan sekali sekala..

Selepas solat asar tadi, pokcik masukkan lebih banyak dari biasa makanan itik ayam dalam bekas makanan di reban. Dengan niat pokcik pun nak jalan-jalan juga di hari minggu.

Destinasinya bukan jauh sangat lebih kurang 20 km dari rumah... hujung tambak di muara sungai di Kuala Besut. Kalau dulu inilah tempat pokcik tiap-tiap petang datang mengail.. Waktu tu hobi memancing merajai dihati. Rehat dan santai di sini sekejap.



Lepas tu pokcik berpatah balik ke Pantai Air Tawar. Diluar pengetahuan pokcik rupanya ada band yang membuat pertunjukan. Katanya kumpulan Ukays. tak pula pokcik tau..intai-intai Amir Ukays. tiada... ooo..patutlah penyanyi baru. Penyanyinya diiringi oleh pemuzik kumpulan lain.

Lepas tu kumpulan apanya pokcik pun dah lupa, mengambil giliran membuat persembahan... sambil-sambil tu bolehlah penonton yang ingin bergambar dengan ular... dan akhir sekali persembahan band baru.. band anak muda tempatan yang baru membuat single album..


Pokcik tak berlama-lama disini,. pokcik teringat ayam itik kat reban...
Continue Reading...

Mesej dari seorang sahabat fotografi

Semalam terima mesej whatsapp dari seorang rakan yang merupakan seorang wartawan sambilan meminta bantuan kerana beliau ingin mengadakan satu kursus asas fotografi. Bantuan yang dimaksudkan ialah dari segi orang yang akan menguruskan kursus ini, fasilitator dan peralatan. 

Katanya bajet tidak boleh lebih dari RM3000 ... yang ni pokcik dah agak dia dah dapatkan sponsor.



Alhamdulillah bila ditanya-tanya ada rakan pokcik yang sangup mengurus dan menjadi fasilitator... atas minatnya segala peralatan untuk fotografi memang dimilikinya seperti strobist dan banyak lagi.

Cuma satu soalan darinya.. outdoor atau indoor.. yang ni kena pokcik bincang dengan sahabat pokcik tadi.. keputusannya esok.

Kalau pakai model lagi cantikkan ... hmmm.. model perempuan ke atau kanak-kanak


Continue Reading...

Projek Itik Telur



Salam Jumaat,..

Pagi-pagi dah turun bagi makan itik ayam kat reban. Itik pun dah tinggal tak banyak. Untuk tahun ni rasanya dah banyak ekor yang dijual kepada Kak Yah Kantin sekolah dan beberapa  rakan kenalan yang mengusahakan kedai makan. 

Yang tinggal kini untuk dijadikan baka pulak. Sementara dua tiga belas ekor lagi baru sebesar betis. Mungkin rezeki untuk tahun depan pula.

"Bang, ambil telur kat reban tu. Nak buat telur masin" laung isteri dari dapur.

"Sorrylah ye, telur kat reban ni tak boleh ambil.Biar dia menetas, jadi anak dan membiak. Kalau nak juga yang di celah rumpun pokok kantan tu boleh ambil" Jawab pokcik

"Ambillah yang mana pun" laung isteri lagi.

Atas rumah tu rasanya dah dua tiga bekas telur yang telah dijadikan sebagai telur masin atau telur jeruk. Kata isteri sebagai bekalan musim banjir nanti.

Berbalik pada cerita telur jeruk atau telur masin ni. Beberapa hari yang lepas pokcik jumpa seorang kawan yang mengusahakan projek ini. Sebenarnya bukan dia tapi isterinya sebab sahabat pokcik ni dia berkerja sebagai pegawai bank.

Jadi dia sarankan pokcik pelihara itik telur banyak-banyak. Seminggu sekali dia akan datang ambil tapi dengan syarat telur tu mesti 1000 biji dan dia akan bayar dengan harga RM0.50 bermakna dalam seminggu pokcik akan dapat RM500.00... banyak tu.

Mana pokcik nak cekau duit untuk modal permulaan dengan itik yang sebanyak itu. Sedangkan sekarang pokcik hanya jadikan sebagai hobi mengisi waktu petang dengan menternak dua tiga belas ekor je itik muscovy atau pedaging dan adalah dalam 30 ekor lebih ayam kampung tu.

Cadangan tu nampak menarik... nantilah pokcik nak fikir...

Continue Reading...

Khamis, 12 November 2015

Pokcik beraksi di Karnival sukan

Tajuk atas tu bukannya apa... sengaja pokcik buat gimik... Beraksi apanya, sekadar amik sekeping dua gambar untuk dokumentasi sekolah. Sekali sekala masukkan gambar pokcik sendiri kat sini tak salahkan

cukuplah tu kan... nanti kalau pokcik upload gambar pokcik banyak-banyak kat sini ada pula yang termuntah nanti. Maklumlah pokcik ni dah tua.. dah habis kehensemannya.. 


Continue Reading...