Khamis, 29 Oktober 2015

TV dulu dulu




TV dulu dulu. Bila Pokcik jalan-jalan @ blogwalking pokcik terjumpa satu blog...>>>>SINI<<<<...  yang bercerita pasal TV. Bab yang menarik hati pokcik ialah tentang TV hitam putih. 

TV hitam putih penuh nilai sentimental buat pokcik... ada suka dan ada dukanya. Zaman kanak-kanak pokcik zaman hitam dan putih.

Menonton TV adalah satu kesukaran waktu itu. Tiada elekterik yang menerangi rumah.. hanya pelita ayan yang menemani. Untuk menonton tv terpaksa pergi ke rumah jiran yang antara 100 meter ke 200 meter. Di kampung pokcik waktu itu hanya sebuah dua sahaja rumah yang mampu memiliki tv. Generator pula digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik. 

Bila tiba sahaja malam sabtu maka berduyun-duyunlah jiran tetangga, anak-anak dara,mak-mak dara dan anak kecil menuju ke rumah pemilik tv dengan syiling 20 sen untuk tabung minyak yang diletakkan ditepi pintu.Tiada pula kelibat anak-anak teruna. Malam sabtu, slot cerita melayu dan filem P.Ramlee yang menjadi pilihan utama.

Ayah pokcik membeli tv pertama seingat pokcik pada tahun 1979 waktu itu pokcik disekolah rendah mungkin dalam darjah 6 rasa-rasanyalah..TV hitam putih waktu itu elektrik sudah pun memasuki setiap rumah penduduk kampung pokcik. 

Menjadi kebanggaan dihati pokcik bila rakan-rakan jiran tetangga dapat datang menonton tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Manakala siaran tv pula terhad... tidak seperti sekarang dengan bersiaran 24 jam dengan pelbagai pilihan rancangan dan rangkaian.

Sesungguhnya anak-anak  zaman sekarang cukup bertuah... tidak seperti kami dulu. BLOG ini membangkitkan kenangan pokcik zaman kanak-kanak pokcik

1 ulasan:

Mawar Melati berkata...

Betul tu pokcik..zaman sy membesar dulu pun macam ni jgk..sanggup pi umh jiran sebelah semata mata nk layan movie yg pakai video tape tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates