Sabtu, 24 Oktober 2015

Pertandingan Motor cross

Share it Please
Alhamdulillah hari ini pokcik sempat meluangkan masa menghadiri program sukaneka sempena Karnival Tranformasi Terengganu Baru (TTB) yang diadakan dibeberapa tempat di DUN dalam daerah Besut.

Tempat yang menjadi pilihan pokcik ialah tempat dimana berlangsungnya pertandingan motor cross iaitu di Kampung Darau. Disini juga berlangsungnya beberapa acara sukaneka yang lain seperti pertandingan sepaktakraw, Karaoke, memancing persembahan band dan beberpa acara yang melibatkan acara air.

Dalam pertandingan motor cross seorang peserta cilik yang berusia sebelas tahun telah menjadi tumpuan para penonton. Peserta cilik ini bertanding dalam dua acara, bersaing dengan peserta dewasa.


Dalam kategori ketiga peserta cilik ini mengalami kemalangan bila motor yan dinaiki tidak dapat mendarat dengan baik.


Kemalangan yang dialami ini tidak mematahkan semangat peserta cilik ini bilamana beliau kembali semula menyertai pertandingan dalam kategori klasik dan mendapat tempat yang ketiga.


Dalam kategori ketiga ini juga menyaksikan seorang peserta mengalami kecederaan teruk bilamana motor yang ditunggangnya tidak mendarat dengan baik. Beliau pengsan dan terpaksa diusung keluar dari trek perlumbaan. Dari pemerhatian berkemungkinan peserta tersebut mengalami kepatahan pada tulang.



Tiada ulasan: