Sabtu, 3 Oktober 2015

"Nak Singgah jugak walaupun sekejap"

Share it Please

Dalam perjalanan pulang dari melawat kebun yang baru dimilik semalam. Kami sekeluarga pergi melihat sejauh mana sudah kerja-kerja pembersihan hutan yang dilakukan oleh jentolak. Dalam perjalanan pulang itulah kedua beradik ini beria-ia sangat hendak singgah. 

"Nak singgah jugak  walaupun sekejap, nak rasa dingin tak airnya" kata si abangnya.

Sungai ini letaknya bukan jauh sangat dari tanah kebun  yang baru dimiliki itu. boleh dikatakan hanya beberapa rantai sahaja.  Tercapailah hasrat kedua beradik itu mencecahkan kakinya kedalam air walapun tidak mandi kerana tidak membawa persalinan. 

Lain kali datang kesini nak mandi katanya. Airnya tidaklah dalam tetapi agak deras juga alirannya.


Tiada ulasan: