Sabtu, 31 Oktober 2015

Tahniah JDT

Tahniah buat JDT atas kemenangan dalam Final Piala AFC 2015 menentang FC Istiklol dengan jaringan 1-0 sekaligus menjulang piala AFC 2015.. 

Piala  Malaysia pula menanti untuk dimenanginya.. mampukah JDT menjulang piala Malaysia?... sama-sama kita menanti pengakhirannya.
Continue Reading...

Hasil dari Hobi #26 - Rezeki dari Itik



Rezeki dari itik.... Dah banyak kali Kak Yah si Tauke kantin sekolah kat pokcik berkerja minta pokcik hantar itik yang siap diproses kepadanya. Rasanya dah hampir tiga minggu.

Bukan kali pertama dibelinya itik dari pokcik, dah lebih tiga kali. Alhamdulillah rezeki pokcik. Walaupun sekadar hobitetapi cukup berbaloi.

Itik jantan beratnya lebih tiga kilo seekor... harga sekilo siap diproses buang bulu dalam RM13.... dua ekor ni pokcik akan dapat RM70 lebih. Biasanya ada penawaran dari Kak Yah.. barangkali dalam RM60 lebih lah pokcik akan dapat hari ini.

Harga makanan adalah dalam RM37.50 seguni 25 kilo... pellet 3102. .. dalam sebulan sekurang-kurangnya 3 guni untuk 20 ekor itik dan 30 ekor ayam kampung...  berbaloi kah?..

Telur itik bini pokcik jerok (asinkan).. telur ayam sentiasa anak minta untuk goreng.. daging itik ayam selain jual kadang-kadang jadi hidangan makanaanak beranak. Rezekikan...




Continue Reading...

Jumaat, 30 Oktober 2015

Bloglist Bulanan

Alhamdulillah..Dah lama pokcik tidak wujudkan bloglist bulanan. Dan seperti dulu-dulu juga, mereka yang bertuah adalah mereka yang pernah datang bertandang ke blog pokcik ni.. Ruangan bloglist ni pokcik wujudkan sebagai tanda penghargaan pada rakan pada mereka semua tapi tidak semua yang pokcik akan masukkan kedalam ruangan ini. 

Hanya mereka yang terpilih berdasarkan pilihan hati pokcik sahaja yang akan kekal untuk tempoh sebulan atau lebih... Ahaaa..Jom blogwalking ke blog mereka :>

Continue Reading...

Jadi pemenang bertuah segmen Blog Mialiana Nak URL Blog #19


Hari tu pokcik ada join segmen Mialiana Nak URL Blog #19.. tak sangka ya. cabutan random org.. senarai blog pokcik berada pada nombor 63 telah berjaya.  

Tahniah buat blogger Mialiana yang sentiasa mengadakan segmen seperti ini pada setiap bulan. Semoga blogger ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan ... Amin.
Continue Reading...

Khamis, 29 Oktober 2015

TV dulu dulu




TV dulu dulu. Bila Pokcik jalan-jalan @ blogwalking pokcik terjumpa satu blog...>>>>SINI<<<<...  yang bercerita pasal TV. Bab yang menarik hati pokcik ialah tentang TV hitam putih. 

TV hitam putih penuh nilai sentimental buat pokcik... ada suka dan ada dukanya. Zaman kanak-kanak pokcik zaman hitam dan putih.

Menonton TV adalah satu kesukaran waktu itu. Tiada elekterik yang menerangi rumah.. hanya pelita ayan yang menemani. Untuk menonton tv terpaksa pergi ke rumah jiran yang antara 100 meter ke 200 meter. Di kampung pokcik waktu itu hanya sebuah dua sahaja rumah yang mampu memiliki tv. Generator pula digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik. 

Bila tiba sahaja malam sabtu maka berduyun-duyunlah jiran tetangga, anak-anak dara,mak-mak dara dan anak kecil menuju ke rumah pemilik tv dengan syiling 20 sen untuk tabung minyak yang diletakkan ditepi pintu.Tiada pula kelibat anak-anak teruna. Malam sabtu, slot cerita melayu dan filem P.Ramlee yang menjadi pilihan utama.

Ayah pokcik membeli tv pertama seingat pokcik pada tahun 1979 waktu itu pokcik disekolah rendah mungkin dalam darjah 6 rasa-rasanyalah..TV hitam putih waktu itu elektrik sudah pun memasuki setiap rumah penduduk kampung pokcik. 

Menjadi kebanggaan dihati pokcik bila rakan-rakan jiran tetangga dapat datang menonton tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Manakala siaran tv pula terhad... tidak seperti sekarang dengan bersiaran 24 jam dengan pelbagai pilihan rancangan dan rangkaian.

Sesungguhnya anak-anak  zaman sekarang cukup bertuah... tidak seperti kami dulu. BLOG ini membangkitkan kenangan pokcik zaman kanak-kanak pokcik
Continue Reading...

Rabu, 28 Oktober 2015

Bila jerebu hilang


Dah lama tidak tengok pemandangan seperti ini. Sejak jerebu melanda, inilah kali dapat tengok... pandangan jelas sampai nampak bukit-bukit disana. Pandangan dari tingkat dua bilik pejabat pokcik. 

Hujan lebat berserta angin yang kuat lebih kurang pukul dua pagi semalam rasanya mungkin telah membawa pergi jerebu. Harap-harap pandangan seperti ini akan berterusan. Biarlah udara disekeliling kita sentiasa sihat selamanya.
Continue Reading...

Follower Pokcikblogger.com

Follower Pokcikblogger.com dah lebih dari 300... Bagi blog macam blog pokcik ni untuk mencapai follower ni memakan masa yang agak lama.. mungkin bagi blogger lain untuk capai tahap ni makan waktu yang singkat. 

Pokcik nak ucapkan terimakasih kepad rakan-rakan blogger yang sudi menjadi follower Pokcikblogger.com




Continue Reading...

Isnin, 26 Oktober 2015

Demam melanda

Sepatutnya hari ini pokcik menghadiri Bengkel Anggaran Belanja Mengurus 2017 tetapi disebabkan rasa ketidakselesaan pada badan. Rasa panas macam hendak demam... sekejap rasa ok sekejap rasa panas meruap. Semalam pula pokcik terjaga dari tidur kerana panas dan berpeluh seluruh badan. Lebih kurang pukul lapan pagi tadi pokcik telefon pegawai yang menguruskan bengkel tersebut untuk meminta pelepasan atas alasan tidak sihat. Mujurlah pegawai tersebut mengizinkannya.

Dalam pukul 9.00 pagi pokcik pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana rasa tidak selesaan pada badan ini berlarutan dah hampir dua minggu. Kalau ikutkan suhu badan ok je dengan suhu 37 darjah. Lepas itu doktor minta supaya pokcik menjalani ujian darah... Keputusan ujian darah juga ok cuma dokktor kata pokcik kena banyak minum air.. 

Doktor nasihatkan pokcik supaya jangan banyak berfikir yang bukan-bukan kerana ianya akan menyebabkan stress.. Pokcik ada cerita kat SINI... itu yang meyebabkan pokcik stress. Pokcik diberi cuti rehat selama dua hari...

Rehat tak rehatnya pokcik kena sipakan juga Anggaran Belanja Mengurus Tahun 2017 tu untuk diserah kepada jabatan... kerja tu terpaksa pokcik siapkan juga seberapa segera. ... berkerja dirumah
Continue Reading...

Ahad, 25 Oktober 2015

ENA MENCARI 10 BLOGGER BERTUAH!



http://www.aeinnamusa.com/2015/10/ena-mencari-10-blogger-bertuah-di.html

Tamat pada 31 October 2015.... harap-harap bertuah..
Continue Reading...

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

http://www.irrayyan.com/2015/10/giveaway-irrayyan-kalau-dah-jodoh.html

Syarat-syarat  mommy Irrayyan bagi ni cukup mudah jer.

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.

4. Berikan url entry korang kat ruangan komen di blog Mommy Irrayyan
Macam biasalah untuk join segmen .. jom klik banner atas tu



Continue Reading...

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

http://jmbelog.blogspot.my/2015/09/segmen-jom-tambah-follower.html

Jom tambah follower... untuk menyertainya klik banner atas tu..
Continue Reading...

Sabtu, 24 Oktober 2015

Pertandingan Motor cross

Alhamdulillah hari ini pokcik sempat meluangkan masa menghadiri program sukaneka sempena Karnival Tranformasi Terengganu Baru (TTB) yang diadakan dibeberapa tempat di DUN dalam daerah Besut.

Tempat yang menjadi pilihan pokcik ialah tempat dimana berlangsungnya pertandingan motor cross iaitu di Kampung Darau. Disini juga berlangsungnya beberapa acara sukaneka yang lain seperti pertandingan sepaktakraw, Karaoke, memancing persembahan band dan beberpa acara yang melibatkan acara air.

Dalam pertandingan motor cross seorang peserta cilik yang berusia sebelas tahun telah menjadi tumpuan para penonton. Peserta cilik ini bertanding dalam dua acara, bersaing dengan peserta dewasa.


Dalam kategori ketiga peserta cilik ini mengalami kemalangan bila motor yan dinaiki tidak dapat mendarat dengan baik.


Kemalangan yang dialami ini tidak mematahkan semangat peserta cilik ini bilamana beliau kembali semula menyertai pertandingan dalam kategori klasik dan mendapat tempat yang ketiga.


Dalam kategori ketiga ini juga menyaksikan seorang peserta mengalami kecederaan teruk bilamana motor yang ditunggangnya tidak mendarat dengan baik. Beliau pengsan dan terpaksa diusung keluar dari trek perlumbaan. Dari pemerhatian berkemungkinan peserta tersebut mengalami kepatahan pada tulang.



Continue Reading...

Yaya Yuki Nak Cari Bloglist #1st Segmen

http://aleiyamustaffa.blogspot.my/2015/10/yaya-yuki-nak-cari-bloglist-1st-segmen.html 

Jom join segmen ni...  cukup simple, macam biasalah,.. klik banner atas tu. 
caranya mudah sahaja :
1- Follow Blog Yaya.
2- Komen URL blog anda.




Continue Reading...

Jumaat, 23 Oktober 2015

Aksi si Tobah

Tobah ni adalah kambing peliharaan anak saudara. Setiap kali pulang ke Setiu, rumah mertua. Si tobah nilah yang menjadi haiwan permainan anak-anak. Manja dan agresif.


Si tobah ni menyukai kanak-kanak. Mungkin juga dirinya masih lagi seekor anak kambing. Petang tadi dikejarnya anak perempuan bongus tu sampai keatas rumah neneknya sampai riuh seisi rumah. Puas berkejar ke sana  sini... menyondol siapa sahaja yang berada berhampirannya... sondolan manja

Si Tobah ni sentiasa dimandikan oleh tuannya dengan sabun. Tuannya  ini sentiasa memastikan kambing peliharaan dia ni sentiasa bersih.


Continue Reading...

Khamis, 22 Oktober 2015

Segmen Ucing Nak Url 2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html
Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :


1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.
Continue Reading...

HRMIS - Hampir sebahagian telah selesai

Alhamdulillah sehingga ke tarikh ini, hampir sebahagian staff dan guru di bawah pantauan telah selesai mengisi dan menghantar SK-LNPT  kepada Pegawai Penilai Pertama. Walaupun dengan talian internet yang slow dan server yang kadang-kadang lembab.

Ada diantara rakan-rakan staff dan guru yang mengisi maklumat dirumah pada waktu malam. Katanya line dan server laju... kini pokcik terpaksa membantu Penilai Pertama pula kerana ini merupakan kali pertama Jabatan ini menggunakan applikasi ini, Pokcik sebagai pentadbir HRMIS untuk sekolah pokcik kena membantu Pegawai Penilai Pertama untuk menggunakan aplikasi ini.

p/s.... berminat utuk menjadi Pembantu Tadbir, boleh dapatkan Pakej Persediaan 
Continue Reading...

Rabu, 21 Oktober 2015

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE



Pokcik rasa blog ni simple tidak ada yang kelip kelap, cahaya sana sinun tak ada serabut serabai... dok intai-intai rasanya tepi sidebar tu tak ada pula iklan tu. Ikhlas gitu rasanya. Sedap je mata memandang,... loading pun laju semacam. Rasanya owner blog ni seorang peminat fotografi.. betul kan..kan..

Continue Reading...

Selasa, 20 Oktober 2015

Hasil Dari Hobi #25 - Roselle 3

Masuk ni, rasanya dah kali ketiga pokcik pos entri pasal roselle. Kali ni nak post lagi.. Maklumlah hasil dari hobi pokcik kembali membuahkan hasil. Siapa yang tak gembirakan. 


Pokok roselle ni tak banyak pun ditanam, adalah dalam lima enam pokok. Alhamdulillah bila dia berbunga bukan main banyak. Tengok gambar bawah tu kan, cantik bunga dia kan.


Selepas kutip buah dia tadi pokcik ajaklah anak perempuan bongsu seorang tu untuk kupas buah dan asingkan dari bijinya untuk dibuat jus.. Empat lima biji dikupas terus ditinggalkannya, katanya sakit jari.. 


Roselle ni tunggu untuk dijadikan jus... Dah ada yang bertanya khabar... Anak-anak menanti untuk menikmati jus yang dibuat oleh bapaknya....
Continue Reading...

segmen blogwalking by mirza syazwina

http://dorayakino.blogspot.my/2015/10/segmen-blogwalking-by-mirza-syazwina.html 
tarikh tutup : 25 OKTOBER 2015 JAM 12 MALAM

seorang peserta yang bertuah untuk memenangi sebuah kotak misteri...


Ada apa dalam kotak ni... misteri ni...Jomlah join segmen ni klik banner atas tu


Continue Reading...

Isnin, 19 Oktober 2015

Mabuk Template


Bagi siapa yang acap berkunjung ke blog pokcik ni akan perasan perubahan pada blog pokcik ni. Dimana kerap berlaku perubahan pada template blog ni. Pokcik seakan Mabuk Template. Tengok yang tu comel tengok yang ni pun comel. Macam dah rambang mata ni. Tapi bila dipasang rasa kurang berkenan pula.

Nak upah designer untuk buat template menepati citarasa pokcik rasanya  tiada duit lagi... bukan tak ada lah cuma duit tu rasanya lebih baik guna untuk yang lebih berfaedah terlebih dahulu. Buat masa ni rasanya pokcik pakai yang ni dulu... bila kaya nanti pokcik nak cari consultant web designer... nak suruh buat ikut cita rasa pokcik..... Agak-agaknya berapalah harganya?..
Continue Reading...

Sabtu, 17 Oktober 2015

Siapa jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya?

Kali ini Entri pokcik lari dari kebiasaan. Siapa Jurulatih Skuad Harimau Malaya? Persoalan itu akan terjawab pada 30 Oktober ini. FAM menerima beberapa permohonan dari beberapa jurulatih seperti dari Bojan Hodak, bekas Jurulati pasukan JDT, bekas jurulatih Kelantan George Boateng, Robert Albert dan terbaru yang dikhabarkan ialah bekas pengendali Kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United Rene Meulensteen dari Belanda.

Bila Pokcik tanya pada anak pokcik siapa yang dia ramal bagi mengemudi skuad Harimau Malaya. Jawapannya Ong Kim Swee. Alasannya senang je katanya.. Ong Kim Swee lebih memahami dan mengenali pemain skuad Harimau Malaya. 

Walau siapa pun yang melatih pokcik mengharapkan kebangkitan Skuad Harimau Malaya. Rasanya itu juga harapan dari pencinta sukan bolasepak di negara ini.  


Continue Reading...

Pakej Persediaan Temuduga Pembantu Tadbir

Rasanya dah dekat sepuluh tahun pokcik menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 disalah sebuah sekolah di Besut ni. Hanya sekarang menunggu untuk kenaikan pangkat ke Ketua Pembantu Tadbir atau lebih popular dipanggil C.C. 

Selama dua belas tahun pokcik menjawat jawatan sebagai Pembantu Am Pejabat Gred N1 yang telah ditukar gelaran jawatan sebagai Pembantu Operasi Gred N11. Akhirnya pada akhir tahun 2007 pokcik telah menerima jawatan yang disandang sekarang. 

Berbekalkan pengalaman sebagai Pembantu Am Pejabat pokcik mengetahui bidang-bidang tugas sebagai pembantu tadbir. Bayangkanlah pada waktu itu pokcik kosong. Tiada pengetahuan pada bidang-bidang tugas sebagai Pembantu Tadbir. Rasanya susah juga pokcik hendak menjawab setiap soalan yang diajukan oleh sipenemuduga. 

Sekarang semuanya sudah tidak menjadi susah lagi bagi mereka yang ingin memohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir kerana sebuah ebook Pakej Persediaan Temuduga Pembantu Tadbir telah pun diterbitkan. Jadi sebagai persiapan untuk menghadapi temuduga jawatan tersebut, ada baiknya ebook berkenaan dimiliki dan dibaca sebagai sumber rujukan awal. bagaiman nak membeli ebook ini. Seeloknya tekan sahaja banner dibawah ini.

http://www.ashadee.net/go/51239

Continue Reading...

Jumaat, 16 Oktober 2015

Santai di Lata Chakah

Lata Chakah merupakan satu lagi destinasi perkelahan pilihan bagi penduduk daerah Setiu, Terengganu dan sekitarnya. Dengan jarak 10 km dari Bandar Permaisuri menghala ke Hulu Seladang. Menjanjikan satu pemandangan yang menarik dengan kejernihan dan kesejukan air.

Dengan kedudukan tidak lebih dari 1km dengan tanah kebun yang pokcik baru beli memudahkan lagi pokcik untuk kesini terutama dihari minggu. Penat dan panas menebang dan tebas kebun bolehlah merendam tubuh didalam airnya yang dingin.

Seperti mana dengan tempat perkelahan yang lain. Lata Chakah juga disediakan kemudahan awam yang lain seperti tandas, bilik persalinan dan surau serta tempat parking kereta yang luas. Gerai jualan makanan dan minuman juga tersedia.






Continue Reading...

HRMIS - Bila Line Internet Slow


Walaupun hari cuti, pagi-pagi lagi dah terima pangilan telefon dari staf dan guru sekolah tempat pokcik bertugas. Ada yang mempunya masalah untuk login HRMIS, minta pokcik setkan semula dia orang punya ID dan katalaluan. Ada yang tanya itu,ini dan macam-macam masalah sekarang. Maklumlah sekarang ni musim untuk mengisi SKT - LNPT, prestasi tahunan masing-masing.

Dah menjadi tugas pokcik sebagai orang yang diamanahkan untuk mentadbir HRMIS bagi sekolah pokcik untuk memantau rekod HRMIS mereka semua.
Memandangkan sekolah pokcik tidak menggunakan Streamyx hanya broadband sahaja. Bayangkan betapa slownya line, yang terkadangnya kalau siang hari dan hari berkerja pula memang tak boleh masuk terus web HRMIS ni.Jadi terpaksalah masing-masing mengisi dirumah masing-masing pada waktu malam dan hari minggu. dan pokcik pula akan menjawab setiap pertanyaan mereka melalui grup whatsap.

Pada petang Ahad nanti kami semua sudah sepakat untuk mengisi HRMIS dirumah seorang rakan guru yang juga merupakan seorang rakan blogger, saudara Yusri tuan punya mudahpok.blogspot.my dan pokcik akan memantau mereka semua. Bila pokcik pula menghadapi masalah pokcik pula akan merujuk pada pegawai HRMIS di peringkat PPD.
Continue Reading...

Rabu, 14 Oktober 2015

Segmen : saya sayang blog saya

Pokcik sayang blog pokcik ni... siapa yang tak sayang bini wooiii.. hii...eh silaplah, siapa yang tak sayang blog. Dua tiga bulan pokcik tinggalkan blog ini... pastu kerana sayangkan blog ini pokcik kembali semula kesini.

Sebagai tanda sayang jom kita join segmen "Saya sayang blog saya" klik banner bawah untuk join.

http://www.ayuinsyirah.my/2015/09/segmen-saya-sayang-blog-saya.html

Continue Reading...

Selasa, 13 Oktober 2015

Blogwalking melalui url Blog #19 blog Mialiana

Hari tu pokcik ada join segmen  Senarai URL #19 Blog Mialiana. Sebenarnya dah lama tak join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Sejak dua tiga bulan menyepi sekarang ni kembali aktif sedikit terasalah nak joinnya.

Seramai 83 penyertaan dari rakan blogger termasuk pokcik, jenuh juga nak blogwalking ni. Minta-mintalah line internet ni sentiasa laju.... kalau tak sempat hari ni esok lusa sambung pula blogwalkingnya. Ada blognya yang pernah pokcik terjah dan ada juga blog yang pokcik belum terjah lagi... jadi dengan ini pokcik nak lawatlah rakan-rakan yang URL mereka ada disegmen URL Blog #19 Blog Mialana ni... jom terjah sama.



http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

Continue Reading...

Isnin, 12 Oktober 2015

Hasil pemeriksaan kesihatan - Tingginya bacaan fungsi hati

Beberapa hari yang lalu pokcik telah menjalankan pemeriksaan kesihatan, rutin untuk enam bulan sekali. Betapa terkejutnya pokcik bila dimaklumkan oleh doktor yang darah (fungsi hati) telalu tinggi. Ini mengambarkan bahawa hati pokcik telah dicemari oleh toksin. 

Patutlah dah lebih dari seminggu pokcik rasa tidak selesa badan...  tangan dan jari terasa kebas, sakit ditapak kaki terutama bila bangun dari tidur.... rasa gatal atau miang diseluruh tubuh (dalam daging) rasanya seperti semut halus yang merayap.

Hasil perbincangan dengan doktor, puncanya ialah ubat kolesterol yang diberi pada pokcik tidak sesuai dan telah bertindak balas dengan badan. Kalau sebelum ini pokcik diberi ubat kolesterol Ezetimibe 10mg tiba-tiba ditukar dengan Simvastatin 10mg. Ini menyebabkan bacaan hati -.... Aspartate Transminase (SGOT) tinggi - 60....normal antara 4-36. Alanine Transminase (SGPT) 191 - kadar normal 5-49. Atas cadangan doktor pokcik kembali dibekalkan dengan Ezetimibe 10mg.

Sementara kolesterol pokcik normal 3.8 (< 5.2) HDL Cholesterol 1.2 (Kolesterol baik 1.2 iaitu > 1.1) dan LDL- Cholesterol 2.0 .. < 3.0.

Kesan ubat yang diberi juga menyebabkan Creatinine (Renal Function Test) ujian  pada buah pinggang tinggi sedikit sebanyak 111 (normal 110)... bacaan gula adalah normal 5.9.

Patutlah pokcik rasakan teramat kurang sihat dengan rasa letih dan tidak bertenaga disertakan juga rasa pening kepala.

Atas cadangan rakan-rakan pokcik mengikut syor yang diberikan mereka supaya meminum air rebusan daun sup atau saderi. Alhamdulillah dua tiga hari diminum, rasa miang dan gatal dalam tubuh boleh dikatakan telah hilang sepenuhnya. Cuma badan ini terasa semacam hendak demam saja sementara hidung pula berair. 

Sekarang ni dalam peti ais tu pokcik sentiasa letak daun sup ni.. bukannya mahal pun seringgit dua sahaja harganya. Pokcik rasa dah kembali bertenaga.. sekadar perkongsian buat rakan-rakan blogger.







Continue Reading...

Sabtu, 10 Oktober 2015

Sambutan Hari Sukan Negara 2015

Hari ini merupakan Hari Sukan Negara, jadi mana-mana tempat atau agensi dan juga komuniti menganjurkan majlis sambutan ini. Begitu juga dalam perjalanan pokcik ke sekolah tempat pokcik bertugas untuk menghadiri majlis yang sama peringkat sekolah, boleh dikatakan banyak juga JKKK mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kampung mereka.

Sekolah tempat pokcik bertugas ni sebuah sekolah yang mana muridnya tidaklah ramai, hanya seramai 183 orang dengan guru seramai 20 orang jadi tidaklah banyak acara yang diadakan.  Acara dumulai dengan senamrobik pada jam 8.00 pagi dan diteruskan ke permainan bola sepak, futsal, badminton dan beberapa acara lainnya.... apakata layan je gambar kat bawah ni

















Continue Reading...

Jumaat, 9 Oktober 2015

Menghasilkan foto Bokeh

Pokcik dah lama tak bermain dengan fotografi, semenjak seminggu dua ini ajakan dari seorang sahabat membuatkan pokcik mengilap kembali bakat yang telah lama terpendam... bakat yang sudah berkarat sesuai dengan usia yang telah meningkat.
Tengok gambar dibawah, ahaaa.. tu kira menjadilahkan. Maaflah model pokcik kali ini seekor itik. Maklumlah pagi petang pokcik dikeliling oleh mereka semua.
'Bokeh' adalah perkataan yang berasal dari bahasa Jepun yang berarti 'kabur'. Jadi foto bokeh adalah foto yang menonjolkan sebuah objek utama yang fokusnya sangat tajam sementara latara belakang (atau depan) sangat kabur atau 'selective focusing' dalam bahasa inggeris


Continue Reading...

Khamis, 8 Oktober 2015

Sukarnya merakam aksi

Bukan senang untuk merakamkan aksi anak kucing ni, puas dipuju. Setiap kali menghampiri dirinya dia akan lari menyembunyikan diri dicelah-celah motor. Intai sebelah sini dan sebelah sana ...

Zaaasss, akhirnya dapat tangkap juga satu aksinya. Liar tak liar anak kucing ni masih lagi takut-takut.





Continue Reading...

Rabu, 7 Oktober 2015

Gambar hari Rabu #19 - Photo Manipulation

Rasanya dah agak lama pokcik tinggalkan aktiviti ini. Edit mengedit dengan Photoshop.... nak guna pun dah rasa kekok.. Banyak perkara yang dah lupa.. Yang ni guna CS6, semuanya try and eror.. waktu dulu pokcik guna CS3, taklah banyak bezanya...kira jadilah kan...bagi orang yang seperti pokcik ni...

Ilmu bila tak diamalkan banyak yang terlupa.


Gambar yang telah diedit dengan Photoshop


Gambar Asal

Continue Reading...

Isnin, 5 Oktober 2015

Kesian si kucing




Kesian kucing ni. Namanya Mail, kucing jantan.  Nama lagi jantankan, kerjanya merayap  rumah ke rumah jiran mengintai anak-anak dara, mana-mana betina yang berkenan dihatinya. Nama lagi binatangkan, apa sangat yang ditahunya. Rasa nak kencing dikencing saja dimana jua, didinding hatta jua dilangsir-langsir yang bergantungan di rumah- rumah jiran. lauk-pauk yang ada dibawah saji dirumah jiran-jiran ini akan diselongkar. Ikan-ikan yang ada dilari, diratah begitu saja.

Satu hari si Mail ni pulang dalam kesakitan dengan sebahagian badan yang melecur. Kesian dia kulit dia melepuh dengan bulu yang hilang. Daging kemerahan terlihat ditubuhnya. Kesian dia... mengadu dia kesakitan dengan bahasa yang sukar difaham, hanya bahasa badan memberikan gambaran betapa kesakitan yang ditanggung. Dari rumah jiran mana si Mail ni pulang bawa derita.

Entahlah Mail tidak terdaya hendak tolong... Hanya semburan antiseptik dibawah yang dapat disembur supaya kuman tidak menjangkiti. Semoga kulit mu cepat sembuh, cantik seperti dulu.


Continue Reading...