Rabu, 9 September 2015

Ubi Jari Buaya

Dah lama pokcik menghilang.. rasanya abaikan sahaja ayat itu. Apa yang pokcik nak bercerita ni tentang Ibu Jari Buaya... Nama pokok ni pun kali pertama pokcik dengar.. dari mana pokok ubi ni dapat nama rasanya pokcik dah dapat tahu... rasanya mungkin dari daunnya yang seakan jari buaya. Pokok ini pernah pokcik temui ditepi sungai dibawah naungan tumbuh-tumbuhan lain.


Sesungguhnya sebelum ini pokcik tidak mengetahui tentng khasiat tumbuhan yang satu ini sehinggalah pokcik bertemu dengan seseorang yang lebih arif berkenaannya atau lebih tepat lagi seorang yang telah mengamalkannya. Beliau mengatakan khasiat pokok ini cukup baik untuk penyakit jantung. Beliau telah mengamalkan meminum air rebusan ubi ini setelah beliau terkena serangan jantung dan Alhamdulillah penyakit jantungnya semakin beransur baik...



Kata sahabat ini tadi, bahawa ubi ini perlu dihiris nipis-nipis seperti asam keping dan dikeringkan. Untuk segelas air panas cukuplah direndamkan satu keping sahaja sehingga air berubah warna... selepas itu bolehlah diminum... 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates