Sabtu, 19 September 2015

Projek Mega - 2 unit Banglow


Perbualan bersama isteri dua tiga hari lepas.

"Abang ingat nak bina dua unit banglow sehari dua lagi"  Aku kerling mata kat bini disebelah sambil pandu kereta.

"Biar betul abang ni, banyak benar ke duit ada" Kata isteri dengar nada terkejut.

"ialah kita ni mana ada agi tanah kosong, abang dapat kat mana duit tu sampai dua unit nak binanya" Sambung isteri lagi. Sah dah isteri aku ni memang dah terkejut sakan.

"Nak bina banglow ni tak semestinya ada duit banyak, tanah yang luas" aku cuba berlawak dengar isteri aku ni. Aku tau dia dah serius gila tika ini.

"abang buat pinjaman ke" soal isteri ku lagi.

"Pinjaman apanya. Abang tak buat pinjaman" Tegas ku lagi.

"Tapi dari mana abang dapat duit tu. Sampaikan dua unit sekaligus abang nak buat" soal dia lagi dengan penuh tidak sabarnya.

"Duit abanglah. Yang abang nak bina ni bukan untuk kita duduk tapi itik dan ayam tu yang nak tinggal kat situ" Kataku sambil ketawa.

"Abang ni. Kita ni bukan main serius dia pulak senang-senang buat lawak.. heeeii geram nya" isteri aku buat muka retak seribu.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates