Rabu, 9 September 2015

Perjalanan yang tak dirancang awal

Kekadang pokcik suka membuat kejutan.. isteri terkej, anak-anak pun turut terkejutkan... supriselah katakan..

Khamis lalu tergerak hati untuk ke KL, tiket pergi dan balik pun dah beli untuk seoarang diri. Tiba-tiba tergerak dihati untuk membawa keluarga sama.Pokcik cuba jual balik tiket tu.. walaupun yakin tiket tiu tak laku.


Maklum pada isteri tentang niat tu.. nak ikut.. katanya.. tunggu anak balik sekolah. beritahu pada anak tentang niat tu ... terkejut pulak anak.. jam enam petang pokcik bertolak ke KL dan sampai sana jam satu pagi... bawa kereta sambil main-main... tiada apa yang nak dikejarkan masa tu



Keesokan paginya...(jumaat) jam sebelas pagi bertolak ke Melaka dan sampai di Batu Berendam jam 4 petang.. berehat di rumah sepupu pokcik disana..sebelah malam pusing-pusing bandar hilir melaka sampailah jam sebelas malam.. keesokkan paginya sambung lagi pusing bandar melaka sehinggalah jam dua petang barulah bertolak ke Johor Bharu


Hampir jam lima petang pokcik sampai ke rumah kakak di kampung Ulu Pulai, Johor. Malam tu pusing-pusing bandar johor Baharu sekejap bersama-anak-anak sebelum bertolak balik ke Terengganu pada pagi keesokannya. Perjalanan yang tidak dirancang.. sebelum ini perjalanan yang dirancang semuanya tidak menjadi tapi kali ini tidak dirancang awal dan menjadi kejutan pulak buat anak-anak dan isteri...










0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates